Sep 3, 2014

The bad side of me.



Pernah tak dalam hidup ni kau rasa kau paling tak pandai, tak berbakat?
Senang cerita your confidence level is low.

Yup, aku selalu rasa macam tu.
Lagi-lagi bila tengok gambar orang yang sangat talented in drawings, panting, baking or doing modelling or good with languages. Kadang-kadang aku fikir, duduk sini kadang-kadang rasa sangat susah. Bila ada pakcik dok cakap dengan aku dalam Japanese, But I couldn't reply him. I just said that Wakaranai. Wakarimasen. Watashino Nihonggo wa ma ma. Sobs

Aku selalu rasa orang lainhebat gila. ada bakat yang orang lain tak ada. Kalau modelling pulak, aku rasa cam, untunglahh muka cantik, pandai posing, pandai communicate then jadi model, then buat jenama sendiri. then business, then kaya. Untung-untung. Macam senang je dorang buat business dan berjaya. Awat la iols tak cantik and tak pandai meniaga?

Haha pelik tak aku ada thought yang macam gini? Manusia biasalah kan?


Aku tak tahulah kenapa kadang-kadang aku rasa down gila.
Sepatutnya aku should be happy with others people happiness.
But sometimes dari lubuk hati yang paling dalam ni rasa macam, ohh yeah Amira you have nothing!
But hey, lagi satu suara berbisik, What? You said nothing? hey Amira Excuse me! You have everything that a girl should have (except badan yang gemuk tu haha)

But ada benar jugak suara yang berbisik tu,
At age of 23 years old, 

  • I already have a caring and loving husband.
  • Two moms, two dads and a big family with my cutest anak buah yang called me makcu!(oh no, I really miss them! lagi-lagi bila si afif panggil, makcu meh jap T_T)
  • I have MM Collections yang aku usahakan sejak 2 tahun yang lalu. Sekarang slow sikit sebab malas update. But kadang-kadang rasa cam terharu kat customer eventhough tak update but still ada yang whatsapp nak order baju. Alhamdulillah atas rezeki Allah kan? I should be thankful. Lagi satu dengan duit untung MM Collections aku dapat kumpul duit utk kahwin. Thank you Allah.
  • I have MM Kitchen yang aku branding kan sejak duduk sini. Walaupun kecil-kecilan but it's very meaningful to me. Pergi satu kelas roti. Belajar teknik dan skill buat roti. I never know I can make and bake a bread. Never have a dream before. Pernah suatu ketika I feel so down, and I told my husband that I don't have any talent or any job and I don't have confidence in everything I'm doing. But my husband said that you have something that others don't have. You can cook very well. You can make such a delicious bread and you sell it. Even though you in Japan. but your business in Malaysia still on going (MM Collections). You have such a very good experience in business. If you go for interview, I'm sure they will choose you. See my husband have such a high level confidence compared to me. Itulah orang kata, suami isteri tu pelengkap hidup. Aku selalu ada negative thinking about my self. What if I can't? What if I don't? And the questions keep continuing.......But Hanis always keep telling me that you are unique. you can do it. you are talented. And if I asked him, Am I fat? Surely he will answer 'tak lah okay je, okay la ni' (and i feel sedikit secured hahaha)

Aku tak ada kerja, jobless. And my friends told me that, berapa ramai yang sebenarnya nak hidup macam kau mira. Kalau orang diberi pilihan, orang nak hidup macam aku. Buat apa yang kita suka. Macam baking and business and travel daripada kerja bawah orang. Then it make me think again, apa fungsi kita hidup kat muka bumi ni? Untuk pleased kan orang atau apa? Tepuk dada tanya hati ya Amira. Jangan nak kepoh sangat.

Kat atas sana sentiasa ada untuk kita saat kita susah atau pon senang. Dia sentiasa ada. 


p/s: maafkan aku untuk post yang sangat mengarut ni. This is the bad side of me. T_T
Thank you for the spirit.


Aug 29, 2014

A night spend at Haneda Airport



Assalamualaikum,



Actually banyak gila resepi nak post. Tapi tak tahulah kenapa diri ini begitu malas untuk menaip dan mengattached gambar.

Tak apelah nantilah aku post resepi-resepi roti dan kuih-muih yang aku buat sepanjang Ramadhan..

Now nak cerita pasal kami yang begitu homesick sampai jetlag sampai tak ada selera nak makan..

Allah, seriously aku tak pernah rasa sesakit itu. Mungkin Allah nak uji aku dan hanis kot.

Nak dijadikan cerita,

24th Aug 2014 jam 2.30pm aku dan Hanis akan berangkat semula ke bumi Sakura (Jepon la tuuu).
Masa tu aku memang tak sihat, batuk, sakit tekak dan selsema. Kalau ikutkan hati ni memanglah tak mahu balik. Siapa yang tak suke duduk dengan family sendiri kan? Tapi tiket balik Jepun telah ku beli. Nak tak nak iols terpaksa balik jugak. But masa dekat airport aku sempat lagi terserempak dgn Ijat Rosli. Seriously rindu pulak time gather2 kat UTP dlu. Pergi Bait Al-Amin sesama. nah aku attached gambar kami. 

with Ijat Rosli, photo credit to Hanis ekekekkeke
Okay then dah nak boarding dah, pintu dah bukak, masa untuk bersalam-salaman. Like seriously, this is the first time eh time actually I'm cried. The first one masa hantar Hanis for the first time nak naik flight to Jepun. So this is the second time. But my mother in law pernah cakap, 'mak tak pernah tengok mira nangis masa hantar Hanis, mira tak sedih ke?'. Masa aku dengar tu I'm like whatt mak nak sangat ke tengok mira nangis (hanya bermonolog okay). Dan hari itu, cita-cita my mother in law tercapai. hahaaha. Siapa tak sedih hantar tunang(masa tu tunang lg) pi naik flight kan? Nangis sendiri-sendiri ja la. Yang paling teruk menangis Along Hanis. Sampai Angah Hanis cakap, salam then cium pipi kanan okay, pipi kiri dah meleleh dah. hehehe. And memang betul aku salam along aritu macam itu. hehe. First time g Jepun  bulan 3 aritu tak nangis pon. maybe ni sebab aku tak sihat, so i feel like so homesick and tak mau balik. Peluk mak, peluk ayah. peluk abang, peluk adik, peluk anak-anak buah yang comel tu sobsss tetibah ada air mengalir pulak kat pipi ku yang gebus. Yup memang sedih. Macam nak pi Perang. We never know that we can see each other for the next time. We never know that we will come back and shake their hand and smile. T_T Feel like wanna crying now. Oh husband balik lah cepat! (hanis pi baito now)



Before Boarding.


Before boarding. Muke ceria tapi  dalam hati siapa tahu?
Masa dalam flight aku okay lg. but rasa la yang cam tak sedap perut dan berangin ja rasa. ni kalau kentut mahu satu flight berbau agaknya. hahhaa. Siap boleh beli nasi lemak lagi. (sbb kami tak sempat order online) Serious bosan dalam flight. Dok tengok gambar raya kat Malaysia dengan family. pastu cerita kita pi mana balik ni. naik kete. macam-macam lagi. then tdo. then bangun. then g tandas. then cerita lagi. dan yang paling sakit telinga ialah suara budak Jepun melalak2. mak dia pon tak tahu nak buat apa dah. Hyperactive betul budak tu. Bayangkan 7jam dlm flight dia tak tido langsung. pehh mula2 okay lagi. pstu dia dah berlari2 dalam flight tu aku rasa macam nak cepuk je budak ni. tak comel okay budak ko melalak macam tu. 

Dalam Flight

Then Alhamdulillah kami selamat sampai kat Haneda Airport. But awatlah dorang bukak pintu lambat. Aku dah rasa tak selesa gila. Macam terkepung. Tak cukup oksigen rasa. Adoiyaiii. Dah lah seat aku no 42. memang belakang la. So memang lambat lah keluar. Dan bila dah selamat keluar dr perut kapal terbang tu, aku rasa cam nak sendawa but i feel something in my tekak, macam nak keluar something. Sobss. I told Hanis that, 'awak, mira nak muntah, tak tahan ni' . Hanis like terus cepatkan langkah nak cari tandas. But belum sempat sampai tandas, habis karpet Haneda. Gomennasai. Habis semua nasi lemak keluar. Gomennasai, saya tak tahan. Mungkin aku mabuk kapal. ;( Then nak pi tandas, nampak imigresen, aku pon cam sorok2, takot dia panggil aku. 

Dan itu bukanlah first and the last vomit. Sepanjang malam tu hidup aku penuh dgn vomitting. Niat di hati nak pi jejalan Tokyo. Tapi apakan dayaku, kita hanya merancang, Tapi Allah yang tentukan. Aku memang lemah sangat2. Makan pon tak lalu. Hanis paksa makan roti sebab kami tak makan apa lagi after keluar dr flight. So memang kena makan. Ingatkan okaylah but it goes wrong. Lepas makan aku rehat kejap kat kerusi panjang Haneda dan makan panadol before lelapkan mata sambil baring. 30-40minit kemudian, aku rasa cam tak selesa, aku pon pi tandas. tak sampai tandas lagi aku dah hamburkan kat depan tandas. Apa nak buat gomennasai makcik pakcik Jepun. tak cukup dengan itu, kat depan tandas dah, kat depan sinki pulak pastu tak tahan lagi, aku pi masuk tandas pulak, but ingat nk muntah dalam mangkuk jamban but itu hanyalah dalam pemikiran aku. depan mangkuk tandas aku hamburkan. haha. Rasa pahit macam panadol. rasanya panadol la yang kuar tu kot. Sobs serius sakit gila kat perut time tu. 

dan perjalanan hidup aku malam tu memang horrible. Ada gak 5-6 kali aku vomit. I can't even sleep. Semua rasa tak kena. Aku cakap dengan Hanis, awak mira rasa mira tak leh nak jejalan esok ni. Naik lif pon tak boleh rasa terkepung. So we decided untuk naik Shinkansen(bullet train) pagi esok yang mengurangkan masa perjalanan balik Utsunomiya kepada 50minit instead of 2jam ++. But kena naik monorail dulu untuk pergi kat station Tokyo. Dari Tokyo baru naik Shinkang.Hanya dalam shinkang tu aku dapat tdo selesa sikit. Thank husband. That the first time aku naik shinkansen. Yup memang laju dan sangat selesa. Sekejap je dah sampai Utsunomiya Station. 
Dalam Monorail
Dari tingkap Monorail. So refreshing.
Tiket Shinkansen (Bullet train)

Ito Yokado, Bellmall, Utsunomiya.

So sampai je kat Utsunomiya Station terus tunggu bas nak balik rumah. Dalam kepala aku ni fikir rumah je. Nak rehat ke nak muntah ke senang. itu je aku pk. dan sampai je kat rumah terus salin baju dan tido! bangun untuk solat dan tidur semula. memang letih yang amat. tak selera. Badan aku panas. Demam. Sengal-sengal badan. Aku ni kalau dah sakit tekak, selsema n batuk, kesudahannya memang akan demam. dah lama tak sakit. Sekali sakit, memang teruk! Hanis lah jaga aku. aku tak nak makan, dia belikan buah. Barulah ada selera nak makan. pastu balut badan aku dengan selimut, pakai stokin, pstu pakai cool fever. Bia peluh.

Alhamdulillah aku dah sihat, but esoknya Hanis pulak demam, so aku pulak jaga dia. 

Sesungguhnya, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. I'm feeling good now. I can cook and do home thingy. Alhamdulillah. semua berkat doa family dan kawan-kawan. Panjang Lebar entry kali ini. siapa rasa boring, maaflah ya. Ni blog i. i punye sukelah nak ceghita apa. hahaha. 



p/s : jaga kesihatan ya semua. jangan jadi macam aku.