Sep 9, 2010

Salam Lebaran

ketupat hasil tangan ayah, mak dan aku. hehe=)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Hah sedar tak sedar ramadhan da pon berlalu,
pejam celik pejam celik,
Syawal sudah berkunjung,
Amira ni banyak je buat salah, 
banyak buat silap,
Di sini, aku mahu mohon berjuta-juta kemaafan 
daripada
awak,kamu & mereka.
Aku mohon ampun 
dari hujung rambut sampai hujung kaki
sepanjang perkenalan kita semua.
Harap dimaafkan.=)
Tegur saya bila saya salah.
Hanya orang lain yang dapat menilai diri kita sendiri.

Korangggg
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN


hati-hati di jalan raya
Jangan memandu ketika mengantuk
Jangan memandu melebihi had laju
Pakailah tali pinggang keledar
Anda mampu mengubahnya
Ingatlah orang tersayang
pesanan daripada
ops sikap XXIV
 


nota: hari ini berbuka dengan ketupat,rendang, sambal kacang & kuah lodeh.
       : duit raya? ada lagi ke??


Sep 5, 2010

Tronoh-Johor Bahru~

3 September 2010
Bas dijangka tiba pada pukul 8.30pm.
tapi aku turun lambat.
kul 9.15pm baru aku turun.
Itu pun setelah hazim dan atiq telefon berkali-kali.
haha.cian koranggg.

TENTATIF PERJALANAN PULANG

9.15pm: aku turun dari bilik bersama roomateku.(roomate hantar balik)OTW tu jumpa Fitri jap, ambil air pink guava.Beli untuk mak and ayah.
9.20pm: tiba di v4 parking. Sangat lah sedih. Ingat kan bas sudah sampai.Tapi hampa. harap je banyak bas kat situ. Tapi semua bas orang lain.Bukan bas aku. (memang pun kan? aku mana ade bas.xmampu)
9.30pm: Tunggu punya tunggu. Yan minta diri untuk pulang ke bilik dan berkemas. Bas dia pukul 10.30pm. Cian dia,kena teman aku lak.da2 pi balik kemas sana. Tq yan =) apprieciate it.
10.30pm: bas xdatang lagiii.Tapi bas yan da sampai. huhu bas pukul 10.30pm pun da sampai.bas aku yang sepatutnya pukul 8.30pm xsampai2 lagi. sabar amira sabar.
10.40pm: yan da turun da.salam2 dengan dia.gonna mis u la roomate.
10.45pm: Bas JB pon sampai. Suka gila aku tengok ada bas datang.
10.50pm: orang tu kata Johor dan Terengganu satu bas. dan masa tu juga aku terfikir,bukankah Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia? dan Johor terletak di selatan. Tiba-tiba akujadi ngeng seketika. Tapi aku dapat pulih kembali setelah mereka berkata di Medan Gopeng nanti tukar bas. hehe.ohhhhh, aku bermonolog.
11.00pm: Bergerak ke Medan Gopeng.
11.50pm: Tiba di Medan Gopeng. Aku sangat terkejut bila aku dengar satu suara menjerit.JOHOR BAHRU, JOHOR BAHRU,JOHOR BAHRU!. adoi aku terasa seperti pendatang asing. MUAR BAS HUJUNG. JOHOR BAHRU SINI!!. sekali lagi, Hadoiiii!! Saya orang Malaysia la!(dalam hati)
11.51pm: Aku pun bergegas turun dari bas tu. Atiq amek beg aku. dan aku cepat2 naik bas satu lagi tu. Nak cop tempat.Nasib baik ade kn. Tapi bas ni.Mak aiii, sempitnya. Xpe2, duduk je la. bersyukur ya amira. Awak tu dah naik bas. Ada orang tak dapat balik beraya lagi.
12.05am: Bas bergerak ke Johor Bahru,
2.00am:  Bas berhenti seketika, memberi peluang kepada penumpang-penumpang...................
2.10am: Bas meneruskan perjalanan.
4.40am: Aku tersedar dari tidur yang x la lena sangat.Sedar-sedar je, adoii lenguhnya kaki.
4.45am: Aku kejutkan Atiq yang berada di sebelah untuk bersahur bersama. Aku xde makanan. TQ atiq sbb kongsi makanan dengan aku Bas ni xberhenti pun untuk sahur. Almaklumlah, mereka tidak faham. Tapi xpe, nasib baik Atiq ade.Kalau tak aku lapar sepanjang hari.
5.30am: Tiba di destinasi. Mak aiii, cepat giler kan.Aku da sampai SKUDAI. Mari turun. Tunggu Ayah amek kat bus stop..
5.50am: Ayah sampai. Aku pun naik kereta.
6.00am: Tiba di rumah. Mak peluk dengan eratnya. hehe. mak rindu akak. akak rindu mak jugakkk.

Begitulah tentatif perjalananku pulang ke rumah tercinta.
Sangat laju kan driver bas tu bawa.
5jam30min je.
Gila cepat.
Alhamdulillah, finally i am home.
Seronoknya bukan kepalang.
Home Sweet Home~

Kawan-kawan,
Selamat pulang ke rumah,
Have a safe journey,
Have a nice holiday,
Jangan main mercun,
Hati-hati di jalan raya,
taw2!!
ingat lah orang tersayang

nota: mari kemas rumah.
       : jangan jadi macam gambar tu.
 

 

Sep 1, 2010

Malam ini aku berkaca mata~


Malam ini aku berkaca mata
Pedih mata melihat kertas-kertas di atas meja
Sakit mata bila pukul 3 pagi lampu kat bilik masih terang benderang
Aku masih di meja.
roomate tiada di sebelah
itu tandanya apa??
Test 1 muncul kembali.

Sakit mata lihat orang lain sibuk berkemas nak balik raya
Tak sabar nak habiskan test
kalau boleh nak buat betul-betul
Then pulang dengan selamat.

Bila da rasa saturated
ku buka lagu raya
bia ada semangat untuk study
Semangat ke??

Tak kisah lah
Tapi esok ada test lagi
itu sebab aku berkaca mata
mata aku sudah berair kena pancaran cahaya lampu
berapa watt yer lampu ni??
oh tidak
mungkin rabun silau ku sudah meningkat

Apa-apa pun
hari esok mesti datang kan.
Test mesti akan muncul juga
Jadi kena tempuh
kena sabar
kena tabah
walaupun minggu ini macam kucar kacir
Tapi insyallah semua orang dapat buat dengan baik.
kita hanya perlu
........................................
cout<<"usaha,tawakal,redha"<
(practice make perfects bkn prefect.haha)

usaha,tawakal,redha


GOOD LUCK korangggg!!=)
Fluid Mechanics
Reservoir=yan,z,erma,syaz

nota: Home is where the heart belong.
       :1 hari je tinggal.waa rumahku syurgaku.
      : nak dating dengan hani,tiea,atien,fika,shena