Jan 29, 2011

just a qoute~



"Shoot for the moon. Even if you miss, you will land among the stars."

i like this. =)

Jan 28, 2011

Bilik Baru, Semangat Baru!

Happy
Bilik baru
Rumah baru
Katil sebelah kanan bukan lagi kiri

Seronok
Walaupun bilik aku bukan macam ini.


Ataupun yang purple macam ini

yan mesti suka. purple.

atau pun macam kat underwaterworld ni

Di Fuji, wow wow. cantikkkk.
Tapi
ia cukup menyelesakan
macam bilik korangg jugakk
Semangat baru.
Buat lagi happy.
Suka=)

Jan 26, 2011

Mereka dan Kebun~

Assalamualaikum..




Okay, hari ni nak buat ayat lengkap. haha
boleh ke tak.??
buat jugakkk.

      Sabtu yang lalu, aku dan kawan-kawan yang lain pergi ziarah ke rumah Bait Al-Amin kerana ada beberapa perkara yang hendak di bincangkan. Okay yang paling seronok sekali semasa jumpa adik-adik. Rindu sangattt. Rasa sudah lama sangat tak jumpa mereka. Kami berpecah, aku dan Eng ke bilik adik-adik perempuan, manakala, Fathi, Hafizul Fiqry dan Fitri ke asrama lelaki .Masuk sahaja bilik mereka, aku nampak Ika terbaring lesu.Oh, rupanya Ika demam.Kesian dia. Get well soon adikkkk.

Selepas itu, aku dan Eng pun berbual-bual dengan mereka. Tanyakan berkenaan dengan UPSR. Alhamdulillah, semuanya lulus dan begitu juga dengan PMR. Pada yang tak tahu, UPSR adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan PMR pula, Peperiksaan Menengah Rendah. Haha.Takkanlah orang lain tak tahu kan. Sengaja buat ngeng. haha. adoii Amira, ayat kena lengkap laaa. 'Ngeng' tiada dalam kamus.

Dalam kami sedang berbual-bual, Sherlis pun balik dari Klinik yang berdekatan. Aku lihat matanya bengkak. Hendak tahu kenapa?? Sherlis disengat tebuan. TEBUAN. Lihat mukanya menahan kesakitan pun aku dah rasa sakit. Seperti kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sabar dan Semangat!

Okay, untuk tidak mahu adik-adik yang lain mengacau Sherlis, aku pun menjalankan sesi fotografi. haha Bab ambil-ambil gambar ni mereka mesti suka punya.  Nah, tengoklah gambar-gambar mereka.

Di asrama.



Masam je.

Yeah da senyum. Tengok syahirah.


gaya-gaya mereka



sekali lagi.haha comelll


Selepas itu, kami dengan di temani En. Rozelan pun pergi melawat kebun mereka. Pada mulanya ingat dekat sahaja. Tapi kena menaiki kereta lahhh. Jauh jugalah. Kalau jalan kaki boleh semput juga. Di kanan dan kiri jalan, terdapat sawah bendang. Wow, aku sangat teruja. Aku memang suka sawah. Dulu, masa Pendidikan Seni, aku selalu sangat lukis sawah padi, ada bukit, matahari, burung-burung yang sedang terbang,orang-orang dan banyak lagi lahhh. aku warnakan guna Crayon. Dapat A tahu. Itulah benda paling senang, sebab itu aku lukis. haha tangan bangku.

Okay, sampai sahaja dekat kebun, En. Rozelan bawa kami melawat ke sekitar kebun. Sangat besarlahh. Ada la dalam 5ekar. Ada ditanam kelapa sawit, kacang botol, petola, kacang panjang, ubi kayu dan cili. Banyak jugalah hasil tanaman mereka. Dekat situ juga ada haiwan ternakan seperti kambing dan ayam. En. Rozelan kata, dekat jambatan sana, boleh memancing. Dekat dengan bendang tu ada kebun buah-buahan. Wow Wow. Boleh buat barbeque. Bak kata Fitri, dah ada port baru untuk barbeque. huhu Seronokkk.


Tiger dan Petola gergasi.

Sayuran Favourite. Kacang panjang.
Eng excited. Fathi di belakang.

Eng dan kacang panjang.

Dekat sana ada boleh memancing, kata En. Rozelan.

Okay, ayat lengkap tak semua?? haahaha.
ada juga yang ngeng.
takpe.
da try. hahaha.
hari yang seronok dengan mereka.
nak pergi kebun lagi. jejommmmm =)
jangan risau 
tak ada pacat.
kat bendang ade lahh kot.
hehe


Jan 21, 2011

Wear It Right~


Wear It Right Girls!
Sekarang banyak sangat kempen da dibuat. dan terbaru, aku nampak gambar ni dekat blog Salmi dan tadi aku nampak jugak dekat board-board di UTP, HELWI sedang mempromosikan kempen ini juga. 


Aku tertarik la nak letak kat blog juga. Bukan untuk apa-apa. Tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang-kadang alpa. 


Tak kisahlah kita pakai tudung bawal ke, selendang ke,tudung ekin ke,pashima ke, TAPIIIII
Pakailah dengan sempurna. 


It's not easy right, but we must try our best. =)


Okay,click sini if nak tawu banyak lagi, for A Guide to Proper Hijab for Ladies.
Semoga ianya bermanfaat. hehe


So, Wear it Right! Covering the Chest is the best!


nota: haha peringatan untuk diri sendiri yang slalu pakai tudung senget. hehe

Jan 19, 2011

just a qoute~

Never frown, even when you are sad, because you never know who could be falling in love with your smile.

Jan 18, 2011

STAY STRONG !


hahahhaa 
laugh laugh and laugh
don't feel sad.
don't cry.
just have to feel good.
nice
and 
steady.
i'm strong enough.
=)

Jan 15, 2011

TIDAK LAMA LAGI~



tambah tolak 
dua purnama lagi.
bolehkah aku?
hidupkah aku??
semangatkah aku?

bagaimana hari itu nanti?.
saat aku lihat kau terbang.

aku fikir aku terbang bersama.
tapi tidak 
aku tetap di sini.
tanpa hati yang kau bawa lari.

oh rupanya.
tidak lama lagi.
aku sudah tidak banyak masa.