Assalamualaikum,
Actually banyak gila resepi nak post. Tapi tak tahulah kenapa diri ini begitu malas untuk menaip dan mengattached gambar.
Tak apelah nantilah aku post resepi-resepi roti dan kuih-muih yang aku buat sepanjang Ramadhan..
Now nak cerita pasal kami yang begitu homesick sampai jetlag sampai tak ada selera nak makan..
Allah, seriously aku tak pernah rasa sesakit itu. Mungkin Allah nak uji aku dan hanis kot.
Nak dijadikan cerita,
24th Aug 2014 jam 2.30pm aku dan Hanis akan berangkat semula ke bumi Sakura (Jepon la tuuu).
Masa tu aku memang tak sihat, batuk, sakit tekak dan selsema. Kalau ikutkan hati ni memanglah tak mahu balik. Siapa yang tak suke duduk dengan family sendiri kan? Tapi tiket balik Jepun telah ku beli. Nak tak nak iols terpaksa balik jugak. But masa dekat airport aku sempat lagi terserempak dgn Ijat Rosli. Seriously rindu pulak time gather2 kat UTP dlu. Pergi Bait Al-Amin sesama. nah aku attached gambar kami.
with Ijat Rosli, photo credit to Hanis ekekekkeke |
Okay then dah nak boarding dah, pintu dah bukak, masa untuk bersalam-salaman. Like seriously, this is the first time eh time actually I'm cried. The first one masa hantar Hanis for the first time nak naik flight to Jepun. So this is the second time. But my mother in law pernah cakap, 'mak tak pernah tengok mira nangis masa hantar Hanis, mira tak sedih ke?'. Masa aku dengar tu I'm like whatt mak nak sangat ke tengok mira nangis (hanya bermonolog okay). Dan hari itu, cita-cita my mother in law tercapai. hahaaha. Siapa tak sedih hantar tunang(masa tu tunang lg) pi naik flight kan? Nangis sendiri-sendiri ja la. Yang paling teruk menangis Along Hanis. Sampai Angah Hanis cakap, salam then cium pipi kanan okay, pipi kiri dah meleleh dah. hehehe. And memang betul aku salam along aritu macam itu. hehe. First time g Jepun bulan 3 aritu tak nangis pon. maybe ni sebab aku tak sihat, so i feel like so homesick and tak mau balik. Peluk mak, peluk ayah. peluk abang, peluk adik, peluk anak-anak buah yang comel tu sobsss tetibah ada air mengalir pulak kat pipi ku yang gebus. Yup memang sedih. Macam nak pi Perang. We never know that we can see each other for the next time. We never know that we will come back and shake their hand and smile. T_T Feel like wanna crying now. Oh husband balik lah cepat! (hanis pi baito now)
Before boarding. Muke ceria tapi dalam hati siapa tahu? |
Masa dalam flight aku okay lg. but rasa la yang cam tak sedap perut dan berangin ja rasa. ni kalau kentut mahu satu flight berbau agaknya. hahhaa. Siap boleh beli nasi lemak lagi. (sbb kami tak sempat order online) Serious bosan dalam flight. Dok tengok gambar raya kat Malaysia dengan family. pastu cerita kita pi mana balik ni. naik kete. macam-macam lagi. then tdo. then bangun. then g tandas. then cerita lagi. dan yang paling sakit telinga ialah suara budak Jepun melalak2. mak dia pon tak tahu nak buat apa dah. Hyperactive betul budak tu. Bayangkan 7jam dlm flight dia tak tido langsung. pehh mula2 okay lagi. pstu dia dah berlari2 dalam flight tu aku rasa macam nak cepuk je budak ni. tak comel okay budak ko melalak macam tu.
Dalam Flight |
Then Alhamdulillah kami selamat sampai kat Haneda Airport. But awatlah dorang bukak pintu lambat. Aku dah rasa tak selesa gila. Macam terkepung. Tak cukup oksigen rasa. Adoiyaiii. Dah lah seat aku no 42. memang belakang la. So memang lambat lah keluar. Dan bila dah selamat keluar dr perut kapal terbang tu, aku rasa cam nak sendawa but i feel something in my tekak, macam nak keluar something. Sobss. I told Hanis that, 'awak, mira nak muntah, tak tahan ni' . Hanis like terus cepatkan langkah nak cari tandas. But belum sempat sampai tandas, habis karpet Haneda. Gomennasai. Habis semua nasi lemak keluar. Gomennasai, saya tak tahan. Mungkin aku mabuk kapal. ;( Then nak pi tandas, nampak imigresen, aku pon cam sorok2, takot dia panggil aku.
Dan itu bukanlah first and the last vomit. Sepanjang malam tu hidup aku penuh dgn vomitting. Niat di hati nak pi jejalan Tokyo. Tapi apakan dayaku, kita hanya merancang, Tapi Allah yang tentukan. Aku memang lemah sangat2. Makan pon tak lalu. Hanis paksa makan roti sebab kami tak makan apa lagi after keluar dr flight. So memang kena makan. Ingatkan okaylah but it goes wrong. Lepas makan aku rehat kejap kat kerusi panjang Haneda dan makan panadol before lelapkan mata sambil baring. 30-40minit kemudian, aku rasa cam tak selesa, aku pon pi tandas. tak sampai tandas lagi aku dah hamburkan kat depan tandas. Apa nak buat gomennasai makcik pakcik Jepun. tak cukup dengan itu, kat depan tandas dah, kat depan sinki pulak pastu tak tahan lagi, aku pi masuk tandas pulak, but ingat nk muntah dalam mangkuk jamban but itu hanyalah dalam pemikiran aku. depan mangkuk tandas aku hamburkan. haha. Rasa pahit macam panadol. rasanya panadol la yang kuar tu kot. Sobs serius sakit gila kat perut time tu.
dan perjalanan hidup aku malam tu memang horrible. Ada gak 5-6 kali aku vomit. I can't even sleep. Semua rasa tak kena. Aku cakap dengan Hanis, awak mira rasa mira tak leh nak jejalan esok ni. Naik lif pon tak boleh rasa terkepung. So we decided untuk naik Shinkansen(bullet train) pagi esok yang mengurangkan masa perjalanan balik Utsunomiya kepada 50minit instead of 2jam ++. But kena naik monorail dulu untuk pergi kat station Tokyo. Dari Tokyo baru naik Shinkang.Hanya dalam shinkang tu aku dapat tdo selesa sikit. Thank husband. That the first time aku naik shinkansen. Yup memang laju dan sangat selesa. Sekejap je dah sampai Utsunomiya Station.
Dalam Monorail |
Dari tingkap Monorail. So refreshing. |
Tiket Shinkansen (Bullet train) |
Ito Yokado, Bellmall, Utsunomiya. |
So sampai je kat Utsunomiya Station terus tunggu bas nak balik rumah. Dalam kepala aku ni fikir rumah je. Nak rehat ke nak muntah ke senang. itu je aku pk. dan sampai je kat rumah terus salin baju dan tido! bangun untuk solat dan tidur semula. memang letih yang amat. tak selera. Badan aku panas. Demam. Sengal-sengal badan. Aku ni kalau dah sakit tekak, selsema n batuk, kesudahannya memang akan demam. dah lama tak sakit. Sekali sakit, memang teruk! Hanis lah jaga aku. aku tak nak makan, dia belikan buah. Barulah ada selera nak makan. pastu balut badan aku dengan selimut, pakai stokin, pstu pakai cool fever. Bia peluh.
Alhamdulillah aku dah sihat, but esoknya Hanis pulak demam, so aku pulak jaga dia.
Sesungguhnya, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. I'm feeling good now. I can cook and do home thingy. Alhamdulillah. semua berkat doa family dan kawan-kawan. Panjang Lebar entry kali ini. siapa rasa boring, maaflah ya. Ni blog i. i punye sukelah nak ceghita apa. hahaha.
p/s : jaga kesihatan ya semua. jangan jadi macam aku.