Jun 27, 2010

Cerita malam ini~


malam yang sunyi ku terasa sepi,

jiwaku ku berlari

cari realiti


Kenapa mata tidak terlelap lagi?? Ini kerana aku mesti mulakan bekerja. Tadi baru habiskan menonton cerita korea 'WONDERFUL LIFE' , halamakkk cerita yang sedih tapi sangat happy ending. Aku suggest kan korggg tontonlah cerita ini. BEST kotttt. Lepas habis tonton cerita itu, aku pon melihat ibuku sedang bermain permainan di facebook. Sungguh seronok aku melihat ibuku, ingatkan sudah hendak tidur. Tapi masih lagi setia bersama facebook yang menjadi peneman dikala sunyi. Mak aku bukan apa, beliau sunyi anak-anak tidak ada di rumah.Yelah aku di Perak,Universiti Terlampau Panas(UTP) oopppps haha, sementara abang aku pula di UiTM, Shah Alam, adik aku je lah yang ada di rumah. Tapi kan, abang aku sudah habis degree,so dia boleh lah menemani mak kami. boleh bawa mak pergi pasar, JJ dan banyak lagi kottt. Tak perlulah mak drive.hehe =). 
 
Mak aku pernah cerita, kadang-kadang bila beliau bosan, adik aku akan petik gitarnya dan menyanyi bersama makku. hehe=). Salah satu lagu yang selalu dinyanyikan ialah 'NADA PENARI CINTA' nyanyian asal band Blank Memories. Lirik yang dekat atas itu, lagu mereka lah. aku taip sikit je..yang lain korgg boleh cari sendiri yer.haha. itulah tadi aku sedang memikirkan idea,tiba-tiba lagu itu menerjah masuk ke dalam otakku, dan aku pun mula menyanyikannya. 

Haha. Nurul Amira sudah mula mengarut ini, sekarang apa yang perlu aku buat ialah memikirkan idea-idea yang bernas untuk di masukkan dalam kerja aku ini. Wahai otak, keluarkan lah idea-ideanya. Aku tersangatlah buntu. Kawan-kawan, aku harap korggg doakanlah otakku ini ingin bekerjasama denganku.

Ok lah, sampai di sini sahaja entry kali ini. Entry kali ini mengisahkan idea-idea yang tidak keluar-keluar.adoiyaiii. haha apa yang penting?? SEMANGAT!! =) itu baru betul Amira.
 

p/s: maaf yer,entry kali ini sangatlah skematikus. (yan, aku amek ayat ko)

    : tak sabar nak tengok brazil main lagi..hehe semangat BRAZIL!!


smile always =)


1 comment: