Jul 20, 2010

Kadang-kadang



Kadang-kadang tak semua benda kita boleh cerita,
tidak semua cerita kita boleh ungkapkan,
tidak semua ungkapan juga kita boleh gambarkan.

Kadang-kadang kita perlu bercerita
supaya kita lebih tenang.

Kadang-kadang kita perlu biarkan hidup kita bersendirian
supaya kita dapat berfikir siapa kita dan apa yang perlu kita lakukan.

Kadang-kadang kita perlu rasa kesunyian 
supaya kita  ingat SIAPA yang menciptakan dan menghidupkan kita.

Kadang-kadang kita perlu merasai kehilangan
supaya kita akan rasa lebih menghargai.

Walau apapun yang kita lakukan, kita perlu ingat bahawa kita tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama kita. Kita juga masih punya keluarga dan  sahabat yang sentiasa ada untuk kita walau ketika susah ataupun senang. Walaupun kadang-kadang kita rasa bercerita itu akan menambahkan lagi beban, nyata pendapat kita itu salah kerana dengan bercerita kita dapat menringankan beban yang ada di bahu kita sendiri. Malah kita juga membuatkan sahabat kita rasa dihargai.Tetapi tidak semua benda kita boleh bercerita. Jika sahabat kita lebih senang bersendirian, biarkan. Mungkin itu lebih baik untuk mereka. Mungkin satu hari nanti kita juga akan bertindak sedemikian.BEWARE.haha=).Hanya kita fahami diri kita sendiri. Tapi kadang-kadang kita sendiri tak fahami diri sendiri. So, semua keputusan ada di tangan kita. Tepuk dada tanya selera =).

Kepada teman sekalian, aku sayang koranggg

.



p/s: hargailah sesuatu sebelum ia hilang
    : TAHNIAH kepada GNC, sebab menang tempat ketiga dalam pertandingan FUTSAL.
    : kembalilah seperti dahulu kala.
 

No comments:

Post a Comment