May 27, 2011

SAY NO TO SICKNESS!

 

Saya Tak Mahu Sakit LAGI!

Saya Tak nak Sakit LAGI!

Saya Benci bila saya Sakit!

 

Andai ini penghapus dosa, aku redha.

Ya Allah, kuatkan semangatku.

 

p/s: Terima kasih kawan.

May 24, 2011

What is M?

 

5

M is for ?

_atured

_ean

_oody

_ysterious

_iserable

_essy

_otivated

_odest

_arvellous

_eaningful

_indless

_eticulous

_eek

_erry

_ousy

_ulish

_audlin

_ystical

_eow

Whatever M is it

M is Missing

May 23, 2011

Sweet Holiday

 

Assalamualaikum…

Cuti sudah tamat, tapi kemanisannya masih terasa.

Ala rasanya macam puding jagung yang aku buat masa cuti aritu. Haha

Mak suka betul puding jagung tu.

Hari tu, mak cuti daripada memasak. So anaknya yang ambil alih aka Aku la tu. Aku la Amira.

Cey, da lama tak masak. entah sedap entah tak. Nasib baik ada mak. Mak betulkan mana yang salah. Terima kasih mak.

Hari itu, aku masak bee hoon tom yam. Boley la.

Ayah kata…………

“Ok la ni…” yesssssssss ke ayah saja nak ambil hati aku ni?

tapi kalau tanya adik mesti dia cakap …………….

“Bolehlah nak buat kenyang.” cetttttttttttt hahaha nak buat macam mana lagi kan, akak kau ni dah lama tak masuk dapur.

Tapikan sekali sekala  masuk dapur ni best jugak. Try menu-menu baru kan. Macam mak cakap, memasak ni macam men campak-campak je dalam kuali tu. Then siap. Da boley makan.

Lepas siap tom yam tadi, aku pun google cara-cara buat puding jagung dekat my resepi. Aku tengok kat rumah ada jagung tin, ada tepung kastard, ada gula. Susu cair je takde. Hah boleh buat ni.

So aku pun bergegas pakai tudung dan pergi ke kedai Cik Yong. (kedai ni act rumah tapi dia buat jadi kedai, do macam rumah kedai je. hehe)

Dalam perjalanan tu, cey macam jauh je kan. padahal selang lbey kurang 8 rumah je. haha. Aku teringat pulak, Cik Tiea Ibrahim nak makan kek batik. So sampai je kedai Cik Yong. Aku beli biskut Merry RM2 dan susu cair.

Ok da jom balik.

Resepi dia senang je.

1 cawan tepung kastard

3/4 cawan gula

1 cawan jagung

1 cawan susu cair.

3 cawan air

Masukkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga pekat atau dalam bahasa saintifik dia until viscosity dia tinggi. haha cey viscosity konon.

Then bila da pekat likat, masukkan dalam acuan. Aku pakai loyang je. Senang.

Then biarkan sejuk dulu, lepastu baru masuk dalam peti sejuk.

Lepas dalam 1jam ke 2 jam. Dah boleh makan. Yeahhhhhh

Image1140 

Kawan-kawan dekat My Resipi ni banyak gila food yang oleh kita cuba. dessert pon ada. So try2 la buat. Sekali sekala balik rumah dan masak memang menyeronokkan.

Kita suka, mak lagi suka. hehe.

wuwuw nak balik rumah lagi.

May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu~



Selamat Hari Cikgu~


Aku panggil cikgu, so bukan HARI GURU. 
Tapi SELAMAT HARI CIKGU~
LOL.


Lagu ini ku tujukan buat semua cikguku. Lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan ku sewaktu di Kem Kaizen untuk Kem Perpaduan Anak Johor. Sewaktu itu, aku baru berumur 13 tahun.


(rentak ikut lagu Antara Gadis, Dinamik)



Gambar tak cantik laa. 4science9 MRSM Muar.


Seawal musim menimba ilmu,
Engkaulah guru yang ku kenali,
Jasa dan  baktimu ku sanjung tinggi,
Terima kasih cikgu.

Tiap detik jasamu ku kenang ,
Ku abadi saban waktu,
Biar pun jauh di rantau orang,
Terimalah sanjunganku.

Kau umpama lilin yang membakar diri,
Kau ku hormati,
Dengan tulus hati,
Ku lafazkan kata,
Terima Kasih CIKGU~



To all my teachers at



  • Tadika Ihsan, UTM Skudai.
  • Sekolah Kebangsaan Sri Skudai
  • Sekolah Agama UTM, Skudai
  • Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai
  • Maktab Rendah Sains MARA, Muar



and to all my lecturer at


Universiti Teknologi PETRONAS


Happy Teacher's Day.
May Allah bless u always.
Terima kasih di atas ilmu, didikan dan bimbingan.
Hanya Allah dapat membalas jasamu.
Terima kasih guruku.


ohhh rindu waktu sekolahhhhh.


Sewaktu mengambil sijil SPM.

May 15, 2011

Knitting~

Assalamualaikum,

Home Sweet Home
Cey dah 5 hari dekat rumah baru nak update kan.
Seronok sangat duduk di rumah ni.

Semalam aku baru je start new hobby which is knitting or dalam Bahasa Melayu disebut sebagai MENGAIT.Sanggup ku pergi Jusco dengan menaiki Teksi semata-mata untuk beli buku panduan mengait. Dengan tambang teksi sebanyak RM 7.00 ku tiba di Jusco Taman Universiti. Tidaklah jauh pun sebenarnya.. Aku lihat di meter 5.90. Tapi pakcik tu kata 7.00.Barangkali meter itu sudah rosak kerana nombor 6 itu ,seakan 5 je aku tengok. Tak apalah janji aku sampai. Barangkali mata aku yang tidak sihat. hahaha. 

Tiba di Jusco, aku terus menuju ke MPH bookstore terletaknya di hujung belah kanan. Itu kalau masuk pintu depan. kalau masuk pintu belakang, belah kiri lah.hahaa. Ku jalan-jalan sendiri. Setibanya di sana, ku cari-cari buku itu, ok tak jumpe. Mula lah gelabah tu. pergi kat cookery mana nak jumpe knitting. ape lah amira. Aku cari-cari lagi. Ehhh, rak UPSR lak aku pergi. Amira Awak tu dah 20 tahun, mana layak ambil UPSR lagi. hahaha. Teringat pulak masa darjah 6, masa dapat keputusan tu. Mak aku yang nangis sebab aku dapat 4A 1B. Aku relax je. hahah. Lepas terkenang tu, aku beralih ke rak Art and kraft, ok ni baru lah rak yang betul. Ok cari-cari. k dah jumpa. KAIT JARUM DUA. ok terus bayar. 
Then, pergi jalan-jalan jap dekat baju-baju tu, tapi xde sale, so rasa xde mood nak shopping. haha. Lepastu, aku terus menuju ke COOL BLOG. 

"Kak, honeydew satu, taknak pearl eh."

Ok bila dapat je rasa la. tak sesedap yang dulu aku beli. ni mesti pekerja baru ni. Potong tol lah. 

Lepastu, aku terus naik jejantas, pergi seberang jalan, untuk cari benang. Aku cari kat satu kedai jahit ni. yeahhh jumpe. Beli dua benang, satu hitam satu lagi HOT PINK. haha. aku cari kelabu tapi xde. nasiblahhh. Aku beli skali jarum dia. satu untuk jarum satu dan satu lagi untuk kait jarum dua. ok muke da tersenyum sebab dah dapat apa yang diinginkan. 

then kol adik.

"Adik, amek akak kat depan kedaiiiiii Rainbow."

"Ok kak." bagus betul adik aku ni. hahaha

Then sampai rumah, terus tgk tutorial kait jarum dua. Aku buat, aku buat. tapi bila nak masuk ke jarum ke dua, tak boleh pulak. Aku tak reti lahh. Then tanya kat mak, Mak kata, dia tak pandai pakai dua jarum. So mak aja gune satu jarum je. so boleh lah buat. kait tali air je senang. aku belajar benda basic je dulu. hehe

Yeahhh thank you mom. Sukenye. Tapi lenguh2 jugaklah tangan ni. Mengait ni kena banyak bersabar. kalau tak. memang takkan jadi lah hasilnye. sekarang row yang ke 5 dah aku buat. Kalau rajin sikit, boleh la siapkan cepat. waaaaa tak sabanye. 

Aku harap hobi baru aku ni dapat menampakkan hasilnya. Amira, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah lah yer. 

Nanti bila dah siap, aku ambil gambar yer. hehehe. =) 
bye korangg
Selamat bercuti.
Gunakan cuti seminggu ni sebaik-baiknya. btw cerita KONGSI tak lah sedap sangat. bese je lah pada aku. hehe

May 1, 2011

Amizan Amzah


Selamat Hari Lahir

Dear adik,

Happy 18th Birthday

May Allah bless you always

May all your wishes come true.

Dah besar dah adik akak yang sorang ni. Semoga adik berjaya dalam apa jua yang adik lakukan. Akak tahu adik boleh buat kan? 
Rasa macam adik akak ni kecik je lagi. But you are getting older now. Tak sangka pejam celik pejam celik, adik dah besar dah. Tinggi pun tinggi.(comfirm aku kurang tinggi) hehe. tapi yang tetap sama ialahhhhhh…………………….(tang hidung tu hahaha)

Adoi homesicknye akak. rindu pulak nak balik rumah. nak makan semeja dengan adik, abang, mak dan ayah. nak tengok TV sama-sama. gelak sama-sama. rindunyaaaa. Dulu kita selalu main sama-sama kan. Main game kosakata tu. Ala yang ada column buah-buahan,negara,benda,nama. Ayah kata, permainan tu bagus, sebab tambah kosakata kita. haha. Kelakar pulak rasanya. Pastu dulu kalau balik kampung je, kita main cop-cop rumah kan?? Lalu je dekat kawasan kampung, nanti kita berebut cop rumah. Adik kata "yang tu rumah adik,adik cop dulu", pastu akak balas,”hah yang belah kanan ni rumah akak eh, cantiknya rumah ni,hehe”. Pastu abang pon cop sekali kan. Then ayah pulak cakap, “hah, kalau nak rumah besar macam tu, abang kakak adik kenalah belajar rajin-rajin”. Kata-kata ayah tu, semangat untuk kita.
Banyak lagi ceritera kita kan adik? Kadang-kadang kita gaduh. Tapi lepastu kita baik balik. hehe. Betullah pepatah melayu tu, air dicincang tidak akan putus.
Oklah, sampai disini je coretan untuk adik. Belajar rajin-rajin yer. Akak sayang adik.

Happy birthday my little brother.