Assalamualaikum,
Home Sweet Home
Cey dah 5 hari dekat rumah baru nak update kan.
Seronok sangat duduk di rumah ni.
Semalam aku baru je start new hobby which is knitting or dalam Bahasa Melayu disebut sebagai MENGAIT.Sanggup ku pergi Jusco dengan menaiki Teksi semata-mata untuk beli buku panduan mengait. Dengan tambang teksi sebanyak RM 7.00 ku tiba di Jusco Taman Universiti. Tidaklah jauh pun sebenarnya.. Aku lihat di meter 5.90. Tapi pakcik tu kata 7.00.Barangkali meter itu sudah rosak kerana nombor 6 itu ,seakan 5 je aku tengok. Tak apalah janji aku sampai. Barangkali mata aku yang tidak sihat. hahaha.
Tiba di Jusco, aku terus menuju ke MPH bookstore terletaknya di hujung belah kanan. Itu kalau masuk pintu depan. kalau masuk pintu belakang, belah kiri lah.hahaa. Ku jalan-jalan sendiri. Setibanya di sana, ku cari-cari buku itu, ok tak jumpe. Mula lah gelabah tu. pergi kat cookery mana nak jumpe knitting. ape lah amira. Aku cari-cari lagi. Ehhh, rak UPSR lak aku pergi. Amira Awak tu dah 20 tahun, mana layak ambil UPSR lagi. hahaha. Teringat pulak masa darjah 6, masa dapat keputusan tu. Mak aku yang nangis sebab aku dapat 4A 1B. Aku relax je. hahah. Lepas terkenang tu, aku beralih ke rak Art and kraft, ok ni baru lah rak yang betul. Ok cari-cari. k dah jumpa. KAIT JARUM DUA. ok terus bayar.
Then, pergi jalan-jalan jap dekat baju-baju tu, tapi xde sale, so rasa xde mood nak shopping. haha. Lepastu, aku terus menuju ke COOL BLOG.
"Kak, honeydew satu, taknak pearl eh."
Ok bila dapat je rasa la. tak sesedap yang dulu aku beli. ni mesti pekerja baru ni. Potong tol lah.
Lepastu, aku terus naik jejantas, pergi seberang jalan, untuk cari benang. Aku cari kat satu kedai jahit ni. yeahhh jumpe. Beli dua benang, satu hitam satu lagi HOT PINK. haha. aku cari kelabu tapi xde. nasiblahhh. Aku beli skali jarum dia. satu untuk jarum satu dan satu lagi untuk kait jarum dua. ok muke da tersenyum sebab dah dapat apa yang diinginkan.
then kol adik.
"Adik, amek akak kat depan kedaiiiiii Rainbow."
"Ok kak." bagus betul adik aku ni. hahaha
Then sampai rumah, terus tgk tutorial kait jarum dua. Aku buat, aku buat. tapi bila nak masuk ke jarum ke dua, tak boleh pulak. Aku tak reti lahh. Then tanya kat mak, Mak kata, dia tak pandai pakai dua jarum. So mak aja gune satu jarum je. so boleh lah buat. kait tali air je senang. aku belajar benda basic je dulu. hehe
Yeahhh thank you mom. Sukenye. Tapi lenguh2 jugaklah tangan ni. Mengait ni kena banyak bersabar. kalau tak. memang takkan jadi lah hasilnye. sekarang row yang ke 5 dah aku buat. Kalau rajin sikit, boleh la siapkan cepat. waaaaa tak sabanye.
Aku harap hobi baru aku ni dapat menampakkan hasilnya. Amira, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah lah yer.
Nanti bila dah siap, aku ambil gambar yer. hehehe. =)
bye korangg
Selamat bercuti.
Gunakan cuti seminggu ni sebaik-baiknya. btw cerita KONGSI tak lah sedap sangat. bese je lah pada aku. hehe
mengait ni boleh latih sifat penyabar. mak aku penyabar orangnye..hehe
ReplyDeletememang x bes pon kongsi...ending tu ntah ape je...huhu
ReplyDeletewmis: yup latih sifat saba. aku mmg xsaba. so mengait ni jd saba sikit. hehe
ReplyDeleteamalia: btol. ending dia xbest.