Terlalu banyak yang ingin diperkatakan
Terlalu banyak yang ingin ku luahkan
Terlalu banyak yang ingin ku sampaikan
Terlalu banyak yang ingin ku bicarakan
Tapi
ianya tersembunyi
ianya tersirat
ianya hanya omongan kosong
ianya hanya terbuku di sini
Kenapa daging yang kecil ini begini?
Senang menjadi rapuh
Senang digulingkan
Begitu mudah ia mengecil.
Aku tak mengerti
Aku tak mahu rasa ini lagi
Pergi
Pergi
Pergi!
Aku mahu gembira!
Akal kata tidak, tapi hati masih mahu berbicara.
Ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa.
Senyum, tak perlu kata apa-apa.
No comments:
Post a Comment