Assalamualaikum,
Rasanya dah berhabuk-habuk dah blog ni. Maaflah, sejak akhir-akhir ni busy dengan kehidupan di UTP ni dan mood untuk menulis juga hilang dek kerana kebizian dengan test, event dan sebagainya.
Di sini, aku rasa masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di muka bumi ini. (cey macam kenal semua orang je gayanya). Banyak kelebihan yang kita dapat bila berpuasa ni, sebagai contoh,
KELEBIHAN BERPUASA
1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :
Allah berfirman :
وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]
Allah berfirman :
وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]
2. Puasa mengawal syahawat :
Nabi bersabda :
[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]
Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]
3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :
Nabi bersabda :
[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]
Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]
Nabi bersabda :
[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]
Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka ” [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]
4. Puasa menjanjikan syurga :
Dari Abi Umamah, beliau berkata :
يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ]
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,
Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]
Kelebihan bulan RAMADHAN
1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :
Allah berfirman :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]
2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :
Allah berfirman :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]
3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
Nabi bersabda :
[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]
Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]
banyak betul kelebihan-kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadhan ni. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana kita berpeluang menyambut Ramadhan dan berpeluang berpuasa dengan kelebihan-kelebihan yang telah ALLAH janjikan tu.
Kepada yang bukan muslim, anda juga digalakkan berpuasa sebab bila berpuasa badan kita akan menjadi lebih sihat. Teringat pula bila kat maktab dulu, kawan-kawan yang bukan muslim jugak berpuasa sebab malu makan depan kami yang berpuasa ni. Tengok, mereka pun malu kan. Kita sebagai umat islam ni sepatutnya rasa LAGI MALU kalau BOLEH berpuasa tapi TAK NAK PUASA. So fikir-fikirkan lah.
Semoga di bulan yang mulia ni, kita akan lebih banyakkan amal. Semoga segala amal ibadah kita diterima olehNYA yang MAHA ESA. Syukur kita masih berpeluang merasai nikmat RAMADHAN.
Selamat beramal kawan-kawan! Syaitan dah kena ikat, yeahhhh!
p/s:
jangan membazir yer sewaktu berbuka, makan sekadarnya sahaja. ALLAH tak suka pada orang yang membazir ni.
Al-fatihah buat ibu Syazana yang telah kembali ke rahmatullah pada 30Julai2011. Moga syaza kuat. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.
:D
ReplyDelete=)
ReplyDeletesyeqal alza: selamat berpuasa!