Assalamualaikum,
Kawan-kawan, puasa tak hari ni? Alhamdulillah dah 4 hari dah kita berpuasa. Pejam celik pejam celik, sekejap je terasakan.
Ok hari ni aku nak cerita pasal Kembara Sufi IX,
Hari Jumaat yang lalu, 29 Julai 2011 Kembara Sufi IX telah berlangsung di UTP yang megah, indah lagi nyaman ni. Dan aku dan kawan yang lain pergi Chancellor Hall tu untuk tengok Imam Muda Asyraf, Nowseeheart dan Al-Mawlid.
Dan aku rasa sangatlah berbaloi-baloi sebab alunan nasyid, selawat, qasidah itu yang jarang sekali dialunkan sangatlah sedap. BEST! NICE! CALM! memang betul tak rugi pergi KEMBARA sufi ni.
Bila Imam Muda Asyraf keluar menggantikan MC yang sudah sedia ada, waa semua muka ceria je. Mana tak nya Imam Muda Asyraf ni kelakar orangnya. Asek gelak je kitorang dalam CH. Aku memang minat dengan Imam Muda Asyraf ni. bukan minat ape. Aku suke dengan rancangan yang dihoskan oleh beliau. Imam Muda Asyraf ni popular dengan rancangan ‘SOAL ASYRAF’. Best lah kandungan dalam rancangan ni, banyak kata-kata nasihat, kata-kata semangat dan cara penyampaiannya juga bukan dalam nada paksaan. Manusia ni kalau kita tegur dalam cara paksaan, lagulah payah nak buat. Jadi cara Imam Muda asyraf ni approch penonton sangatlah berhemah. Korang patut tengok taw!
Kumpulan pertama yang membuat persembahan ialah Nowseeheart. Nowseeheart ni memang dah lama dalam industri muzik ni. Kumpulan dorang ni antara yang terkenal ni Malaysia. Lagu popular dorang ialah Damai yang Hilang. Ingat tak? haha kalau tak tahu, boleh lah tanya MR. GOOGLE. Kalau nak tahu, kumpulan Nowseeheart ni ditubuhkan sejak mereka bangku sekolah menengah lagi. Lepas dorang sambung belajar di universiti semua, mereka bersatu kembali dan buat album. Ukhuwah yang terbina sangatlah kukuh dan kuatkan. Kumpulan Nowseeheart ni bukan sahaja boleh nyanyi nasyid je. tp dorang jugak boleh nyanyi hindustan. Ada lah beberapa lagu hindustan yang popular yang dorang nyanyikan, antaranya ialah Mohabatein. Suka gila aku. Dah lah Mohabatein tu favourite cerita hindustan aku kan. hehe memang kena sangatlah. Tapi lagu tu bukan hanya sekadar lagu, dorang translatekan lirik tu kepada ketuhanan dan ia sangatlah best. BERBALOI.
Before aku teruskan penceritaan aku ni, aku nak korang tengok dulu video ni,
Amacam? Kenal tak lagu ni? Famous tak lagu ni pada zaman korang? Kenal tak muka-muka dalam video ni? Haaa ni la aku excited sangat nak cerita ni. Nama Kumpulan ni ialah AL-MAWLID yang dianggotai oleh Amer Munawer, Azan, Pot Amir, Lah Ahmad, Zaff dan lain-lain. Sebelum ini dorang adalah aggota kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo.
Apa pendapat korang tentang lagu dalam video kat atas ni? Tajuk dia Belaian Jiwa 1432. Lagu ni diadaptasikan daripada lagu Belaian Jiwa nyanyian Innuendo. Fyi, aku sangat suka lagu Belaian Jiwa ni. Memang antara lagu favourite la. Masa Al-Mawlid nyanyi kat Kembara Sufi IX ni, aku rasa nak menjerit je. Ntah tak tahu kenapa. Rasa macam excited giler. Lagu Belaian Jiwa je aku da suke, apa lagi kalau lagu ni dia tukarkan lirik dia kepada lebih mencintai dan merindui Rasulullah SAW. Sangat-sangatlah teruja dibuatnya.
Aku pergi kembara Sufi ni memang nak tengok Al-Mawlid selain memeriahkan lagi event ni. So, bila dorang keluar pentas dan berselawat bersama-sama, aku rasa macam teruja giler. Senyum je. Fizah pun dah naik bosan agaknya bila aku cakap, aku suke dorang selawat macam ni, aku happy sangat bila tengok perubahan dorang, haaaa semuanya aku suke la. Terkejut pun ada bila dorang keluar siap dengan jubah, kopiah sume. Imam Muda Asyraf pun cakap, sape yang imam sekarang ni. “Maknanya malam ni saya jadi makmum je lah.” hahahhaa.
Ok berbalik kepada cerita Al-Mawlid, malam kembara Sufi tu, Al-Mawlid ada menyanyikan dan mengalunkan Qasidah. Aku terlupe pulak tajuk dia. But yang aku nak cerita ni, they cried on stage while singing that Qasidah. Betapa Agungnya Kebesaran Allah. Alhamdulillah suara yang dulunya, menyanyikan lagu R&B tapi kini mereka mengalunkan nama Allah yang MAHA ESA dan jugak Rasulullah. Aku suka sebab dorang bukannya ikut kumpulan nasyid yang lain. Dorang still bawakan R&B dalam muzik dorang cuma cara penyampaian dan lirik adalah berlainan dengan sebelumnya.
Perubahan dorang ni sangatlah baguskan. Allah dah buka pintu hati dorang untuk lihat kehebatan ISLAM, kehebatan Rasulullah SAW. Bila pula hati kita akan menerima hidayah daripada ALLAH? Bila pula hati kita bersedia untuk menerima perubahan dalam diri kita? Tiba-tiba teringat kata-kata kakak usrah iaitu Kak Ummu.
“ Sampai bila kita nak tunggu ilmu kita cukup baru kita nak berubah? Ilmu di dada ni takkan pernah cukup. Kita mampu berubah sedikit demi sedikit.”
Betul cakap kak ummu tu.Kita tak perlulah buat perubahan drastik yang akhirnya tidak berpanjangan. Benda yang kecil seperti membaca Al-quran setengah muka surat atau pun hanya sebaris ayat setiap hari pun lebih dipandang Allah. Lebih disukai Allah. Perkara yang kecil jika kita amalkan, akan mendapat pahala yang lebih berlipat kali ganda kan?
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan, tapi kalau aku taip ni, alamat sampai 3hari 3 malam lah tak habis-habis. Kalau korang nak tahu lagi pasal kumpulan Al-Mawlid ni, bolehlah klik Al-Mawlid.
Lastly, bolehlah tengok video ni. Lagu ni aku ulang banyak-banyak kali. So in Love with this song. Nice and calm.
Subahanallah, sungguh besar rahmat Allah.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang Allah beri. Nikmat bulan Ramadhan.
Ok korang, sampai di sini saja entry kali ini. Semoga semuanya bermanfaat.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.