Dah lamanya tak update!!!!!
Okay untuk pengetahuan uols (ecey macam ramai je baca blog ni) weols Mira & Hanis baru buka rumah kedai. haha macam besar je bunyinya. Actually kami buka kedai roti sekarang tapi dekat rumah je lah.
Macam mana boleh terfikir nak bukak MM Kitchen ?
Actually kami memang penggemar roti. Lagi-lagi kat Jepun ni susah dapat roti halal. So why not kami jual roti yang dijamin halalan toyyiban. Aku pon baru berjinak-jinak dalam dunia roti ni. Best jugak lah buat roti. Dulu tak pernah terfikir pon boleh buat roti sendiri. Semua kerana pergi ABC cooking aritu. So passion tu tiba-tiba datang. hehehe. Alhamdulillah.
PRACTICE make PERFECT!
So dalam pada menjual tu. niat asal bukan untuk menjual sahaja tapi lebih kepada untuk practice dan tolong kawan-kawan menjual makanan yang halal. So bila hari-hari buat roti, maka skill tu pon muncul. Tak ada la sekali buat then dah pandai macam chef tu. Kita belajar dari bawah., Insyallah lama-lama okay. Aku pon still belajar jugak. And thanks to Kak Dilla yang banyak komen and ajar buat roti. Skill dan technique dalam buat roti ni sangat penting. Lagi-lagi yis. Yis ni bak kata kak dilla macam orang. Dia hidup, air panas sangat tak boleh, sejuk xboleh. So suam-suam kuku je dalam 42-43deg. Ish ish macam susah je kan? but trust me bila banyak kali buat insyallah boleh berjaya.
Alhamdulillah setakat ni setiap hari ada order. Ada saja yang membeli. Semoga murah rezeki korang.
Setakat ni kami menjual 1 pc roti dengan harga hanya 100Yen sahaja. Antara roti yang pernah kami jual :
Hashbrown Bread |
Sambal Ikan Bilis Bread |
Chicken Satay Bread |
Sausage Roll |
TunaMayo Bread |
Sausage Twist Bread |
Frankfurt Bread |
Ok thats all from now. Thank you for all your support. Thank you warga Utsunomiya! Insyallah dari hari ke hari kami akan improved roti kami. Sedap bagi tahu kawan, tak sedap bagi tahu kami!
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment