Jun 18, 2011

Selamat Hari Ayah!

 

Search results for abang

 

Ayah,
senyummu,
marahmu,
hanya untuk mengajar kami apa itu erti hidup,

dari sinar matamu,

ku tahu ayah sedang marah,
dari sinar matamu,
ku tahu ayah sedang tersenyum gembira,
Tetapi dari sinar matamu,
tidak dapat ku lihat pabila ayah bersedih dan gundah,

 

Siang malam,

mencari rezeki untuk membesarkan kami,

dan pabila pulang,

wajah keletihan tetapi ayah tetap tersenyum,

melayan kerenah kami yang 3 orang ini.

 

Ayah,
doakan kami di sini yang jauh dari mata,
Ayah,
anak-anakmu ini menyayangimu,

Ayah,

Terima kasih kerana membesarkan kami,

Ayah,

Terima kasih kerana mengajar kami,

Ayah,

Terima kasih untuk semuanya,

Terima kasih ayah.
Terima kasih sebanyaknya.
Jasamu tiada dapat ku balas.
Selamat Hari Ayah!


(hari-hari pun hari untukmu)

 

note:

congrats adik. sunyi rumah tanpamu. mak dan ayah sedih menghantarmu tetapi penuh rasa bangga di dada. Study elok2 yer.

2 comments: