Jun 30, 2012

Please Leave ME!



Wahai batuk, demam, sakit tekak.

Jauhilah aku secepat yang mungkin.

please leave me!

I don't want you.

I Hate You flue, fever and etc.

I'm strong and healthy!

yeahhh strong girl with big heart.



yeahh 3 more days to be at home.
i'm coming home yeahhhhhhhhhh

Btw, Chemy Dinner da selesai. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Nanti aku update gamba ok?

Terasa diri macam hantu smlm, sebab make up. hehe ^^

k till we meet again. Bye for now.





Jun 27, 2012

Aku mencari ketenangan

A lot of things to do. A lot of things to think.

Ya Allah please give me strength.
Ya Allah please make it easier for me.
Ya Allah berikanlah aku ketenangan hati.

Lately, I felt upset with myself. I'm a lil bit sensitive and easy to cry. I'm worried about PCS, chemydinner and macam-macam lagi. I don't know why. Hanis told me, maybe I have something yang tak dilepaskan. Yang tersimpan dalam hati sendiri which sometimes make me feel worried again and again.

Aku rasa susah hati. Tahu tak rasa susah hati tu macam mana? Rasa depressed dengan diri sendiri dan rasa yang aku rasa nk keluarkan hati aku dan kasi dia happy. Dengan keadaan diri yang tak berapa sihat, aku gagahkan diri jugak. Sakit tekak dan emosi yang tidak stabil buatkan aku rasa lebih risau. Bila kol mak, aku rasa sangatlahh homesick. Bertahan Amira, minggu depan je balik. Saba ye wahai hati.

Allah tidak pernah meninggalkan hambaNYA. Allah tidak pernah jauh dari hambaNYA. Tapi aku sebagai hambaNYA mungkin sudah jauh dari Allah. Ya Allah, aku tak nak ingat Allah hanya pada bila saat aku susah. Jauhkanlah aku dari sifat itu.

Ya Allah tenangkanlah hati hambamu ini, give me strength.





this weekend, abang n adik balik. me is HOMESICK.



Tenang Tenang Tenang
Allah sentiasa ada dengan hambaNYA.






Jun 23, 2012

REVIEW : CROCS

Aku suke pakai kasut getah aka kasuh crocs la. Selalunya beli yang cikai punye je. Tak de makne nak beli yang ori. TAK MAMPU AKU! Tapi semalam saje window shopping dengan Mr H. Window shopping online je. Jom tengok-tengok kasut crocs, hehehe. Tak boleh beli,review pon jadilah ^_^

CROCS CHAMELEONS CARLIE MARY JANE (OYSTER/DAHLIA)
RM189.00

CROCS CHAMELEONSTM TRANSLUCENT C (OYSTER/ULTRAVIOLET)
RM209.00

CROCS CHAMELEONS CARLIE MARY JANE( CELERY/MINT)
RM189.00

                CROCS CHAMELEONSTM TRANSLUCENT C (CELERY/MINT)
RM 209.00


DUET SPORT CLOG (OYSTER/PARROT GREEN)
                                      RM209.00

CARLIE MARY JANE WOMEN (COTTON CANDY/FUCHSIA)
RM189.00

DELORES 
DELORES
RM209.00
Crocs Tone™ Julia Flat

CROCS TONE JULIA FLATRM229.00

 

MELBOURNE FLOWER (BERRY/OYSTER)

RM209.00


A-LEIGH WEDGE LEATHER

A-LEIGH WEDGE LEATHER (STUCCO)
RM289.00

CARLISA FLAT HELLO KITTY (ESPRESSO/WATERMELON)
RM249.00





Amacam cantik tak? Aku suka giler yang macam couple set tu, warna purple n hijau. Comelll. hehe. Dah tengok harga dia? Mak Aiiii, mahal gilossss. Tapi takpe crocs ni tahan lama, dan tak melecet kalau pakai. Comel-comel je. ^_^ 

Ok la sampai di sini je review kite pada hari ini. Beta mahu malabuhkan tirai. Taaaaa







Jun 21, 2012

Last Minute

Asslamualaikum,

Sekarang tengah sedih dengan diri sendiri.

Kenapalahh aku tak boleh nak book tiket awal-awal untuk balik ke JB?

Seseorang bertanya kepadaku, 

Orang itu : Jom naik AirAsia balik JB! RM38 je dari LCCT. 
Aku: Bile?
Orang itu: 11 Ogos
Aku: Seminggu sebelum raya eh? Raya 19 Ogos..
Orang itu: aah.
Aku: Ermmm, a week before raya mcm tu mesti banyak test + presentation + dan mcm-mcm lagi..
Orang itu: 11 Ogos tu Sabtu lahh, Tak kan ada jugak?
Aku: Hari Sabtu memang tak ada, tapiiiii Isnin ke Selasa ke.
Orang itu: Tapi time tu puasa kot. Kak long nak air Kathira dari JB. Ok xpelah. xyah balik.
Aku: ermmm  sedihnyeee.


Kesimpulannya, saya sebagai utpian, memang xboleh buat keputusan awal. Jadual memang akan berubah last minit!  Kalau tak caya tanyalah kawan-kawan lainn. Sobssss

Arghh denggg terasa sedih sangat dengan diri sendiri. Dengan jadual. Dengan kehidupan di sini. Nak book ape2 pon kena tunggu last minit. DENGGGGG sekali lagiiii.

Terasa begitu susah untuk menggembirakan hati seseorang. Sorryyy T_T

HOMESICK!


me is sad. fullstop.



Soryyy En Hanis.






Jun 18, 2012

Don't



Please, Please, Please

Don't be selfish. 

Think about others too.

Please..............


Jangan sebab ini, orang tak suka kita. 

Pesanan untuk diri sendiri juga.




Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan kawan-kawanku pada esok hari. Aminn Ya Rabb.
Presentation is comingggg.

Jun 9, 2012

hip hip hoorayyy


Alhamdulillah selesai beberapa perkara. ^_^ yahooooo

Thanks to mak, ayah, abang & adik tolong bawa ke sana ke sinun.


Love you all ^_^

Air yang dicincang tak akan putus.






Jun 4, 2012

Review TOPMAN Wallet & Belt

Assalamualaikum,



Di kala orang sedang lena, aku masih di depan lappy kesayangan menghapdet belogku yang tersayang. Cey masa ni la nak sayang blog lebih-lebih. Sebenarnya aku baru je habiskan assignment yang sebenarnya boleh je nak siap awal. Tapi macam biasa, last minit punya kerja memang awesome. ^_^ 

Ok berbalik pada tajuk entry pepagi buta ni, sekarang tepat pukul 3.26am. Kalau di Jepun sekarang dah Syuruk. So pada sesiapa yang nak puasa hari ni, kire dah tak boleh makan dahh. Hahahaha padan muke, aku boleh la nak melantak lagi. Rasa macam lapa balik bila habiskan tenaga memikirkan idea bernas dan ayat puitis untuk assignment EEE tadi.Ecey assignment tak semenggah, makan lebih.  FYI, EEE tu stand for Engineering Economics and Entrepreneurship. Haaa Hamek kauuuu. tak terzebutttt dek lidah sendiri. 


Berbalik pada tajuk tadi, amboii da dua kali dah ulang ayat sama. Kali ni betul-betul ye. Sedang aku buat assignment tadi, (Actually lebih banyak procrastinate daripada buat assignment.) aku tiba-tiba macam nak cari sesuatu. Jadi aku cari punya cari, jumpa la gamba-gamba yang sepatutnya. Actually, aku nak cari wallet, semalam pergi kenduri Cik A kahwin,pastu ternampak En Hasif punye wallet, itu pun setelah En Epool Lee menunjukkan yang wallet dia daripada Jepun, hadiah daripada abg dia yang study di Jepun dan maka selepas itu, En Hasif pon nak tunjukkan wallet dia pada aku dan Cik Jia. Ternyata, wallet En Hasif menarik perhatianku. Mungkin sebab dia PVC yang kualiti tinggi, susah terkopek. Maaf ye En Epool, wallet kau cantik jugak ^_^ hehehe 

Nak dijadikan cerita, aku berkenan lah dengan wallet En Hasif ni, maka malam tadi, aku pon google-google dengan En Hanis. Tak sangka pulak En Hanis minat design TOPMAN.  Okay stop bebel, jom kita review gamba sikit.




Chocolate Stitch Wallet
£ 10.00
Tan brown leather look wallet, with red, white and blue stitching detail. 100% PVC.
Black Stitch Wallet£ 10.00
Black wallet, with blue, white and red stitching detail. 100% Polyurethane.

Multi coloured aztec wallet
£10.00 
with woven fabric. 70% Cotton,30% Polyester.
Tan leather double prong belt
£16.00
 
Tan leather belt, with a double prong bulk in brass. 100% Leather.

Tan Leather Jeans Belt£20.00 
Tan leather belt with leather tab detail and silver buckle. 100% Leather.


Multi Coloured Patterned Belt
£14.00
Multi coloured, patterned woven belt with tan leather look trim. 89% Polyurethane,11% Cotton


So, setelah di google, inilah hasilnya. 6 ini yang berkenan di mata aku dan dia. Tak sempat nak google banyak2. Yang mana satu pilihan kalbu? pilihlah ikot suka. Untuk Harga yang segini, aku rasa berpatutan je untuk orang yang sangat memikirkan kejenamaan. TOPMAN pon ok what? hehe,  ^_^ TOPMAN punye wallet, aku suka, sebab dia tak terkopek. Itu ikot kepada observation aku pada wallet En hasif. Haishh ni kalau adik aku nampak ni, mahu dia cakap 'Akak belikan la aku satu'. bajet macam akak dia ni da kerja sebagai Engineer je. Ada rezeki, akak belikan ye dikkkk. ^_^V 

Sampai di sini je entry kali ini, mata sudah mahu terlelap. Good Nyte! 
Kepada yang berpuasa sunat Rejab , Selamat Berpuasa!


Nota :UK£ 1.00 = 4.91704702 MYR
convert sendiri. hahaha
ni sume dari belas ehsan TOPMAN UK, xterjumpa Malaysia punye. hehe

Good Luck En Hanis, mid term exam!





Jun 1, 2012

Classic Cheese Cake



Currently, craving for this cake! 
arghhhh siapa nak bawak aku pergi makan ni? Sobsss
Nasiblahh ada lesen tapi xde kete.

Huiss terasa kat tekak dahhh.
Texture dia. alahaiii memang la terasa cheese dia tuuu. huisshh
Orang yang suka cheese kek mesti akan suka jugak kek ni.
Siapa yang tak try lagi. Boleh la pergi secret recipe sekarang.
ceyy macam promoter dah niii.


Sabar ye cik tekak, ada masa kita pi makan yeeeee ^_^





Hidup & Mati

 

Assalamualaikum,

 

Rasanya dah terlalu lama aku tinggalkan blog ni. Bukan tidak sengaja tapi aku memang sengaja. Terlalu malas untuk menaip dan tiada idea jugak. Betullah orang kata, penyakit yang paling susah nak ubat ialah MALAS. Penyakit M memang menguasai diri lagi- lagi baru start new sem. Fyi, i’m officially 3rd year 2nd sem students. Yeahhh senior. Rasa macam bangga pulak tapi rasa takot tu pun ada jugak. A lot of things to do. A lot of things to think. Terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana. Itu yang jadi malas tu. Ok stop bebel Amira.

nad dan muchtar

Good Newsssssssssss! Dah baca yang kat atas ni? Nadhirah Shariff from Science 13 & Muchtar Aminuddin  from Science 15 will getting married soon. They will nikah on 23 June at Nad’s home at Seremban 2 and 30June kenduri rumah Muchtar pulak.  Diorang ni dulu dekat maktab kira hot couple la. Semua orang tahu. If i’m not mistaken, they were engaged last year. Itu pun semua tak tahu. Aku dapat tahu pun dari blog kawan dia dan aku pun senyap.(jangan tanya mcm mana aku boleh kenal kawan dia, sbb aku pon tak tahu. Dunia di hujung jari la katakan). Nad & Muchtar da bertunang before Nad fly to egypt untuk smbung study. Alhamdulillah, aku rasa sangat lah happy for both of them. Dua-dua pon Ahli Lembaga Koperasi (ALK) same goes with me. hehe. May Allah bless both of you. Semoga Allah permudahkan segala urusan.  So Amira awak bila lagi? haha jangan dok gatal sangat lahh. MARA xbagi kawin selagi xhabis belajar. So salahkan MARA dia yang tak bagi aku kawin. haha ^_^

Rasa seronok gila bila dapat tahu diorang ni nak kawin da. Mana tak seronok kan, dulu kat maktab macam betul je couple2 boleh kawin da besar nanti. Macam betul je boleh setia sampai sekarang. Then tup tup, dapat berita diorang nak kawin dah. Suka sangat. Sebenarnya, semua tu memang possible je nak berlaku bila cinta, percaya dan setia bersatu. Eceyyyyy bajet Doktor Falsafah bidang cinta je aku ni.

Meh baca artikel ni for your future. Hantaran Oh Hantaran.

Selang dua hari,

Sedang dalam mood happy for Nad & Muchtar. We MRSM MUAR 07/08 dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang daripada kami ke rahmatullah.

hidup & mati 

Mula-mula aku tak dapat nak recall siapa Siti Aishah Yusof ni. Lepastu, ada kawan yang letak link gamba science 13 dekat post ni. Dan dari situ baru aku dapat tahu siapa Aishah ni. Aku panggil dia ecah. Dulu selalu jugak borak dengan dia. Manis orang nya. Aku selalu jugak kacau-kacau dia time dia nak basuh baju dekat washing machine. Almaklumlah bilik aku dekat dengan mesin basuh, tandas, dan tangga. So, bila dia nak basuh baju, selalu jugaklah dia singgah bilik aku.

Arwah terlibat dalam kemalangan. Berita tentang kemalangan ni ada masuk dalam METRO, boleh lah baca dekat link ni 4 Terbaring Kesakitan.

Bila dapat tahu pasal arwah, aku rasa sedih. macam nak nangis. Mungkin memang sudah ajal arwah pada hari tersebut dan ia buat aku terfikir, sekejap je Allah tarik nyawa kita. Kalau Allah nak tarik sekarang pun boleh kalau Dia nak. Kun Faya Kun. Maka jadilah ia. 

Aku terfikir lagi, macam mana nasib aku nanti. Adakah aku mati masa aku tengah study? atau aku mati masa aku tengah hu ha hu ha ? Nauzubillahi minzalik. Jauhkanlah semua tu.  Kita hanya mampu berdoa agar kita mati nanti dalam iman dan Allah tempatkan kita dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.

 

“Mati itu tak kira umur, tak kira masa. tak kira usia dan tak kira di mana”

 

Semoga kau damai di sana wahai sahabatku. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.