May 28, 2014

Resepi : Pavlova

Assalamualaikum,



Hari ni nak kongsi resepi Pavlova yang mudah dan sedap. Resepi ni iols refer dari blog ABM dan Cik Epal  . Sangat simple bahan-bahannya. So apa tunggu lagi jejommm tengok resepi. Resepi ni untuk 2-3orang makan. 


Bahan-Bahan

Meringue


  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 3/4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanila (iols xletak)
  • 1/2 sudu kecil cuka makanan (iols xletak)
Topping

  • 80ml whipping cream
  • hirisan buah kiwi dan anggur (guna strawberry pon boleh)

Cara-cara

Meringue

  1. Asingkan telur putih dengan telur kuning. Ingat kita nak guna telur putih sahaja. Kalau tak, tak menjadi meringue kita ni tawww. (iols asingkan dengan buat lubang kecil kat hujung telur tu, korang boleh beli alat2 untuk separatekan telur kuning dengan telur putih dekat DAISO, seriously mudah)
  2. Putar telur putih dengan tahap maksima sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarkan lagi sehingga sebati, kental dan berkilat. 
  3. Sesambil putar tu boleh panaskan oven 180°C.
  4. Masukkan tepung jagung yang diayak terlebih dahulu. Gaul adunan sehingga sebati gunakan spatula. (Kalau uols gunakan esen vanila dan cuka, masukkan sekarang dan gaul sebati. Iols tak guna sebab tak ada kat rumah hehehhe)
  5. Ambil baking paper dan lukiskan bentuk bulat. Ataupun ambil loyang kat rumah tu pastu tekap bentuk loyang bulat tu atas baking paper. thennnnn terbalikkan baking paper tu dan letakkan adunan meringue dalam bulatan baking paper tadi. Kemaskan adunan atau korang pon boleh gunakan pastry bag untuk bentukkan meringue. Ikut kreativiti la senang cite. hehe
  6. Turunkan suhu oven kepada 130°C dan bakar sehingga 80minit. 
  7. Selepas 80minit, masa pembakaran tamat, buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue tu sejuk ;) Dah sejuk nanti baru keluarkan k dalam 30-40minit atau nak sejukkan semalaman pon boleh. Biar betul-betul sejuk baru boleh letak whip cream dan rasanya lebih sedap.



Topping

  1. Pukul whipping cream sampai kental. (iols punye whipping cream tak cukup kental ;( so dia cam sedikit cair )
  2. Sapukan whipping cream atas meringue kite tu. 
  3. Taburkan buah kiwi dan anggur atau buah-buahan pilihan uolss. Dinasihatkan supaya guna buah-buahan yang masam-masam sikit supaya rasa tu balance sebabnya meringue tu manis. So bila buah masam campur meringue yang manis jadilah PAVLOVA yang super sedappp!


    Pavlova iols rasa cam coklat crunchie sikit, dia cam chewwing2 sikit, heavennnnn
So jangan lupe try tawww!

May 24, 2014

RESEPI : Lemon Custard Bread

Assalamualaikum, 

Lemon Custard Bread

Pada 9 Mei 2014 hari tu, aku, Kak Dilla, Syieda dan Siti Nabilah pergi ABC Trial Lesson dekat ABC Cooking. Seriously best giler. Equipment dia semua cantik-cantik. Seronok sangattt. Hari tu aku belajar buat roti lemon custard. Mula-mula rasa cam boleh ke aku buat ni sebab aku memang tak pernah menguli roti kat rumah, cuma pernah sekali tu join mak pergi belajar buat roti. Tapi dah lama sangat tahun 2010 kalau tak silap. Tapi aku pergi jugaklah sebab sekarang pon aku memang minat memasak, baking cake, so why not try baking roti pulak kan. Lagipun cara buat roti kat Jepun lain sikit dari Malaysia, mungkin sebab Jepun ada 4 musim.

Kalau kat Malaysia, kita kena tunggu 1-2jam untuk roti tu naik kan? Tapi kat Jepun selepas menguli terus masukkan dalam oven dengan suhu 40°C dalam 25-35 minit untuk fermentation. Fermentation dalam Jepun Hakko,発酵 kanji dia bentuk cam semut. hihihi.Satu lagi perbezaan cara buat roti kat Jepun dengan Malaysia ialah asingkan garam dengan yis. Fyi, gula adalah BFF yis. So letak gula sebelah yis dan garam kita letak dia kat dalam mangkuk lain dulu. Gitu lahhh. Resepi based roti boleh diguna pakai untuk resepi based pizza atau roti-roti lain macam roti sausage ke. So jejommm tengok resepiiii. 

 
With Kak Dilla and our sensei.
Bahan-Bahan

Based Roti

Bahan A

  • 100g Tepung
  • 1 1/4 sudu kecil atau 3g Yis
  • 2 sudu besar Gula
  • 1/2 biji Telur
  • 85-95ml Air

Bahan B
  • 80g Tepung
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 20g Butter

Filling- Lemon Custard
  • 40g Custard Cream Powder
  • 20g Gula
  • 110ml Susu Segar
  • 2 Sudu Besar Perahan Lemon

Decorations
  • 1/2 biji Telur
  • 1 sudu besar Gula.
  • 30g kulit lemon yang dikeringkan.
  • 40g Orange Marmalade (guna jem orange pon boleh)
  • 6pc  Daun pudina.


Cara-Cara

Uli Roti
  1. Satukan bahan A iaitu tepung, gula dan yis. Masukkan telur dan air dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
  2. Di dalam bowl lain, satukan bahan B iaitu tepung, garam dan butter. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bowl A dan gaul sebati.
  3. Uli dan bulatkan bahan roti tadi. Kalau agak lembik letak tepung sikit-sikit supaya doh tu firm sikit dan mudah untuk menguli.
  4. Keluarkan doh dari bowl dan uli. Cara menguli, first sekali uli macam cuci baju sampai doh tu elastic dan tak mudah koyak. Second, bulatkan doh dengan cara V shape. Ketiga, baling-baling doh sikit atas meja menguli atau dulang. (Cara nak check doh kita ok ke tak, kalau kita tekan doh tu dia naik semula)
  5. Masukkan doh ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit. (roti akan naik 2 kali ganda)
  6. Sementara menunggu roti, jom kita buat lemon custard. ;)

Filling - Lemon Custard 
  1. Satukan Custard cream powder dan gula. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan susu segar dan gaul sebati.
  3. Masukkan perahan lemon dan gaul sebati.
  4. Di dalam bowl lain, masukkan kulit lemon yang sudah dipotong dadu dan dikeringkan bersama orange marmalade. Gaul sebati.

Based Roti
  1. Selepas 25minit, keluarkan doh dan bahagikan kepada 6 bahagian.
  2. Bulat-bulatkan doh yang sudah dibahagi 6 tadi dan tutup doh dengan kain lembap selama 5-10minit.
  3. Ambil doh dan tarik-tarik bahagian tengah dalam 10cm diameter untuk letak filling lemon custard macam dalam gambar.
  4. Letakkan lemon custard atas based roti tadi dan ratakan. 
  5. Wrap based roti with filling dengan plastic wrapper dan tutup dengan kain lembap.
  6. Masukkan roti ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit buat kali kedua untuk fermentation.


  7. Roti yang sudah di fermentation buat kali kedua, dan diletakkan dilling lemon custard bersama kulit lemon dan orange marmalade.


Selepas 25minit, (roti akan naik)
  1. Keluarkan roti dan sapukan tepi roti dengan baki telur dan taburkan gula. Pastikan semua bahagian kena ya.
  2. Kemudian, letakkan adunan kulit lemon dan orange marmalade di atas lemon custard seperti dalam gambar.
  3. Masukkan roti ke dalam oven temperature 180°C selama 13-18 minit atau sehingga keperangan mengikut oven masing-masing. (tak perlu wrap kang terbakor)
  4. Sejukkan dalam 5minit kemudian baru keluarkan. Hati-hati panas tawww. iols da kena.
  5. Hiaskan dengan daun pudina. 
  6. Siap!
Oishiikatta!


Seriously, memang sedap gila roti ni. Bila first time makan rasa cam, pehhh aku ke yang uli roti ni tadi. hehhee. bangga kejap. Combinations lemon, custard and orange marmalade is sooooo perfect. The taste is soooo tasty. arghhhh senang cakap SANGAT SEDAP. So jgn lupa try k.


p/s: 
- kalau nak tukar filling dia pon boleh ikut yang anda suka. Boleh juga guna cream cheese ;).
- Thanks kak Dilla ajak kita g abc cooking studio. BEST! 
- Kepada student yang nak belajar buat roti atau kek, iols suggest g la ABC cooking studio ni. Serious best. and yang lagi bestnya student price discount 50% before 30 June 2014. Mulai 1 July discount for student only 25%. Sobsss. 








May 20, 2014

Chicken Chop - Hanis's Recipe

Assalamualaikum,



Sejak akhir-akhir ni mood memasak menjadi-jadi pulak. Beberapa minggu lepas aku ada buat Chicken Chop yang sangat mudah la buatnya. Resepi ni dari Encik Hanis. Almaklumlah, husband lebih pandai masak dari iols. hehehe. So jejommm tengok resepinya.



Bahan-Bahan 
4pcs boneless chicken

Perapan Ayam

  • Lea & PerrinsWorcestershire Sauce
  • 1-2 sudu besar Paprika Powder
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)



Mashed Potato

  • 4 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil Garam (secukup rasa)


 Gravy Black Pepper

  • 2 sudu besar black pepper dikisar
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula 
  • 1/2 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 50g butter
  • 1 sudu besar kicap 


Cara -cara 

Mashed Potato

  1. Kentang yang sudah dikupas dipotong 6. Rebus kentang sehingga masak.
  2. Toskan dan lecek kentang yang sudah masak dengan menggunakan garfu. 
  3. Masukkan butter dan garam secukup rasa.
  4. Siap!

Chicken Chop
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.(tak perlu banyak ye dalam 3 sudu besar minyak)
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. (terbalikkan ketika menggoreng supaya semua bahagian ayam dimasak rapi)
  3. Siap! (Jangan buang minyak goreng ayam tadi ya!)

Gravy Black Pepper
  1. Dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, masukkan susu segar, butter dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan Black Pepper. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau agak2 cam pekat, tambahkan susu.
  3. Masukkan 1 sudu besar kicap sebagai pewarna. Kacau sebati. 
  4. Rasa gravy, kalau agak-agak tak cukup rasa adjust garam, gula .
  5. Plating ikut kreativiti masing-masing. Iols ada tambah scramble egg. ;) 
  6. Gravy boleh di curah atas ayam atau mashed potato. 

Fyi, resepi ni main agak-agak je. 
Korang boleh adjust yang mana patut ikut citarasa korang k ;)
So pasni boleh ler makan chicken chop air tangan sendiri.
Insyallah gravy tu lagi sedap dari makan kat kedai. 
Aminn. 


Teringat kata-kata seorang sahabat,
Bukan pandai masak menjadi persoalannya,
tetap rajin.
Kalau pandai masak tapi MALAS,
tak jadilah makanan yang kita masak tu,
Rajin Masak yang kita perlukan,
Sebab PRACTICE make PERFECT!
rajin tengok resepi, rajin mencuba itu yang jadikan kita Raja dalam Dapur sendiri.
(kalau aku, permaisuri la kot, mana nak campak husband iols hehehe)
So keep calm & cook!
Surely you will satisfied with the outcome.



That's all for now. insyallah will update more about cookies and bun. ;)


May 18, 2014

NO BAKED Oreo Cheese Cake- Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah 2 bulan bergelar isteri. Ecey wedding punye cerita pon tak update lagi. ish ish ish malasnya Amira ni.

Okay for now nak kongsi resepi kek birthday husband. Surprise la kononnya, balik kelas nihongo terus singgah Bellmall beli cream cheese, oreo, and pergi daiso cari barang-barang yang diperlukan semasa buat kek. But ada yang still tak cukup. Petang tu ajak En Hanis pergi kedai beli loyang springform and whipping cream. Almaklumlah, tak tahu baca Jepun. Tak tahu halal ke tidak. So time tu rasa cam surprise tak menjadi je. Tapi xpe teruskan je. go with the flow ;) 

Malam tu ketang ketung kat dapur buat kek, tak kasi husband masuk dapur. hahaha. ;) Pastu tak sedar dah pukul 12. Then cepat2 keluarkan aiskrim, cucuk lilin sket dan nyanyi Happy Birthday!



So jom tengok resepi Oreo Cheese Cake yang sangat mudah dan yang penting TAK PERLU BAKE. Resepi asal dari blog sini


Bahan-bahan
20cm loyang springform


  • 3 packet kecil biskut oreo. (iols guna 4 packet)
  • 1/3 cawan gula halus
  • 200ml whipping cream (iols guna 180ml)
  • 250g cream cheese (iols guna Philadelphia)
  • 1/4 butter (butter bahagi 4 dan amek 1 bahagian)
Cara-cara

Base Cake
  1. Hancurkan 1 1/2 packet oreo. (nak asingkan cream pon boleh, tapi iols xbuang cream tu)
  2.  Cairkan Butter dan gaul sebati bersama oreo tadi.
  3. Ratakan dan mampatkan adunan oreo dan butter tadi dalam loyang dan sejukkan dalam fridge.

Cheesecake
  1.  Cream cheese , gula dan whipping cream dipukul bersama. Boleh guna mixer untuk campurkan adunan tadi. Putar sampai sebati. (iols xguna mixer sebab time tu xbeli mixer lagi, so pukul la guna tangan)
  2. 1 1/2 packet oreo yang lain di pecah-pecahkan Jangan hancurkan ye, nanti xsedap pula. Guna senduk je utk gaulkan, tak perlu guna mixer.
  3. Keluarkan base tadi, masukkan adunan cheese tadi ke dalam loyang. Rasa dia masam manis. 
  4. Ratakan adunan cheese dan hias kek dengan lebihan oreo mengikut kreativiti masing-masing. (iols guna 1 packet lagi untuk decoration cake)
  5. Masukkan semula loyang ke dalam fridge sekurang-kurangnya 3 jam sehingga kek tu betul-betul firm.
  6. Keluarkan kek dan makan!

Dear Husband, Happy Birthday! This is for you. Now, I'm here.....beside you ;) Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sampai syurga.