Showing posts with label FRUITS. Show all posts
Showing posts with label FRUITS. Show all posts

Jun 18, 2014

Resepi : Strawberry Jam


Assalamualaikum,




Semalam dah janji nak tulis resepi berkaitan strawberry kan.


So now I want to share how to make strawberry jam!

Senang sangat resepi dia.

So apa tunggu lagi?

Jejom tengok resepi!

Resepi from Che Mat Gebu
Tapi iols guna 1kg, Mat Gebu guna 250g sahaja.

Bahan-Bahan
  • 1kg Strawberry
  • 2 cawan gula (aku guna 1 1/3 cawan sahaja)
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung
  • 3 biji jus limau kasturi (aku tak letak)


Cara-cara

Strawberry segar dari ladang!

Cuci strawberry, buang tampok dia.
Strawberry dipotong kasar.


  1. Cuci buah strawberry, buang tampok yang warna hijau tu dan potong kasar. (kalau nak blend pon boleh, aku nak kasi ade serpihan strawberry dalam tu, kalau nak blend separuh potong kasar separuh pon boleh)
  2. Masukkan buah strawberry yang dipotong kasar tadi ke dalam periuk dan masak sehingga strawberry  layu. Gunakan api sederhana. (Jangan masukkan air, biar strawberry tu keluarkan jus dia sendiri)
  3. Masukkan gula dan kacau dan biar air gula sebati dengan jus strawberry. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  4. Masukkan secubit garam dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih dan pekat (viscosity tinggi gittuw).
  5. Bancuhkan 1 sudu tepung jagung bersama dengan 1 sudu besar air dan masukkan ke dalam periuk tadi. Gaul sebati. Still guna api kecil. (tambah jus limau kasturi jika nak k)
  6. Jika jem sudah likat dan pekat, which is kalau kita angkat senduk then jam tak meleleh terus tu maknanya jam hampir masak.
  7. Masak lagi dalam 5-7minit dan gaul sekali sekala.
  8. Bila sudah siap, tutupkan api dan biarkan jam sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas.

Mudahkan? 
Boleh juga buat filling roti atau cheese tart kan?
ok teringin nak buat cheese tart pulak. 

Strawberry Jamalade Bread
(Hanis yang bagi nama ni)


Happy Cooking! Happy Baking!


p/s: kalau nak guna buah lain pun boleh, macam orange ke atau nenas, step dia sama sahaja. 





Jun 17, 2014

Ichigo Gari - Strawberry Picking!

Assalamualaikum,





25 May 2014- いちご 狩り (Petik Strawberi)
Seriously best sangat! This is my first time joining strawberry picking trip. 
Hajimete orang Jepun cakap.hehe.  Before this, dapat tengok gambar yang husband post je. 
So this time aku yang merasa petik strawberry sendiri.
Of course petik makan petik makan.
Makan strawberry sampai rasa tak mau makan lagi dah.
The best thing, weols boleh bawak balik seberapa banyak yang boleh.
So aku & Hanis pon bawaklah baldi comel.

Before kita petik strawberry the first pit stop dia adalah Bousai Kan (Disaster Preventation Centre) 
Kat situ kita boleh rasa sendiri earthquake, angin taufan, smoke which is bila berlaku kebakaran dan raining.
But weols tak dapat rasa yang raining sebab tak cukup raincoat. 

Typhoon

Earthquake- 2-8 scalar ritcher 
ni memang kalau berlaku betul-betul tak dapat daku bayangkan.

Typhoon- Kuat gila angin dia. rasa nak tercabut tudung.

Smoke-Asap tebal jugak but just cari EXIT untuk keluar. Sakit jugaklah mata iols
.
Raining- Tak daapat masuk but sekarang musim hujan kat Utsunomiya yang membawa kepada banjir. Nasib baik aku duduk kat rumah je. Takut nak kuar time hujan cenggini. Hujan yang berlaku semalam adalah hujan batu which is kalau kena badan sakit. Patutlah bising je bunyi bumbung umah macam ada orang ketuk-ketuk. So if hujan kat sini better duduk je kat rumah, jangan keluar. Aku tak reti bawak basikal, satu tangan pegang payung satu tangan pegang handle. Cuak. Rela pakai baju kalis air dengan hoodie. hehe. 



Syieda, Kak Sya, And Gyeong (Korean Girl)
Kitamura Sensei with her kids, and Damon San (Laos)


Hanismira.
Jom naik bas nak g makan strawberi..

Then, ingatkan terus pergi makan strawberry, ngupenye weols ada second pit stop kat sekolah rendah untuk charity program. Masa ni kitorang kena nyanyi lagu Jepun reramai. hahaha rasa lawak gila. Nasib baik dah practice dalam bus and kete dengan sensei. Siap Hanis tolong carikan lirik dalam rumi sebab aku tak pandai baca kanji. Tengah dok menyanyi sambil tengok lirik, tetiba dengan suara lelaki nyanyi. Ingat sapelah, ngupenye Hanis. Kwang Kwang Kwang. seb baik sedap lah jugak orang Jepun nyanyi ala-ala opera cina tu guna suara perut. hahaha lawak lah pulak rasa.




Tarian Payung

Then then then, sampai lah kite di kebun strawberi. okay jom tengok gambar!


Beratur nak ke kebun dan nak ambil kotak.
Ichigo (Strawberry)
Petik Strawberry pastu cicah susu pekat, Oishiikatta!

Khusyuk benor!

Petik lagi nak bawak balik!


Sebaldi comel penuh!

Hanismira with Strawberry! 


 Seriously best sangat-sangat. Kalau dekat Cameron Highland mahal sangat charge nak petik strawberi.Tapi kat sini cuma 300Yen itu pom mungkin duit bas sahaja. Owner kebun strawberry ni mungkin nak habiskan strawberi kat kebun dia sebab dah nak masuk summer kan daripada busuk lebih baik dia buat program cenggini. hehe. 

Alhamdulillah, 
Thank you Allah for giving me this opportunity.
I'm so grateful!

So nantikan pelbagai resepi strawberry daripada iols k. ;)
ecey poyo.

Till we meet again! 





May 28, 2014

Resepi : Pavlova

Assalamualaikum,



Hari ni nak kongsi resepi Pavlova yang mudah dan sedap. Resepi ni iols refer dari blog ABM dan Cik Epal  . Sangat simple bahan-bahannya. So apa tunggu lagi jejommm tengok resepi. Resepi ni untuk 2-3orang makan. 


Bahan-Bahan

Meringue


  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 3/4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanila (iols xletak)
  • 1/2 sudu kecil cuka makanan (iols xletak)
Topping

  • 80ml whipping cream
  • hirisan buah kiwi dan anggur (guna strawberry pon boleh)

Cara-cara

Meringue

  1. Asingkan telur putih dengan telur kuning. Ingat kita nak guna telur putih sahaja. Kalau tak, tak menjadi meringue kita ni tawww. (iols asingkan dengan buat lubang kecil kat hujung telur tu, korang boleh beli alat2 untuk separatekan telur kuning dengan telur putih dekat DAISO, seriously mudah)
  2. Putar telur putih dengan tahap maksima sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarkan lagi sehingga sebati, kental dan berkilat. 
  3. Sesambil putar tu boleh panaskan oven 180°C.
  4. Masukkan tepung jagung yang diayak terlebih dahulu. Gaul adunan sehingga sebati gunakan spatula. (Kalau uols gunakan esen vanila dan cuka, masukkan sekarang dan gaul sebati. Iols tak guna sebab tak ada kat rumah hehehhe)
  5. Ambil baking paper dan lukiskan bentuk bulat. Ataupun ambil loyang kat rumah tu pastu tekap bentuk loyang bulat tu atas baking paper. thennnnn terbalikkan baking paper tu dan letakkan adunan meringue dalam bulatan baking paper tadi. Kemaskan adunan atau korang pon boleh gunakan pastry bag untuk bentukkan meringue. Ikut kreativiti la senang cite. hehe
  6. Turunkan suhu oven kepada 130°C dan bakar sehingga 80minit. 
  7. Selepas 80minit, masa pembakaran tamat, buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue tu sejuk ;) Dah sejuk nanti baru keluarkan k dalam 30-40minit atau nak sejukkan semalaman pon boleh. Biar betul-betul sejuk baru boleh letak whip cream dan rasanya lebih sedap.



Topping

  1. Pukul whipping cream sampai kental. (iols punye whipping cream tak cukup kental ;( so dia cam sedikit cair )
  2. Sapukan whipping cream atas meringue kite tu. 
  3. Taburkan buah kiwi dan anggur atau buah-buahan pilihan uolss. Dinasihatkan supaya guna buah-buahan yang masam-masam sikit supaya rasa tu balance sebabnya meringue tu manis. So bila buah masam campur meringue yang manis jadilah PAVLOVA yang super sedappp!


    Pavlova iols rasa cam coklat crunchie sikit, dia cam chewwing2 sikit, heavennnnn
So jangan lupe try tawww!