Jun 30, 2014

Resepi : Popia Sayur-Sayuran Goreng dan Sos Pencicah

Assalamualaikum,



Selamat Berpuasa bagi semua umat Islam.
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dengan bulan Ramadhan.
Terima Kasih Ya Allah.

2nd day puasa hari tu,
MM Kitchen jual popia sayur-sayuran baik untuk kesihatan!
kekononnya cam bazaar lah.
Kat Jepun ni mana nak jumpe bazaar.
So kawan-kawan kat sini request buat makanan Malaysia. 
oooohhhh I miss Malaysia so much
You guys yang ada kat Malaysia Tanah Tumpah Darahku tu
Bersyukurlah masih berpeluang pergi bazaar,
tak perlu masak, makanan semua sesedapp.
Ingat bersederhanalah waktu berbuka, 
jangan lupe ikut sunnah mulakan dgn kurma.

Oh ye kat sini pon ada kurma!
I'm so happyyyyy!

Okay dah habis nasihat (eceyy poyo nak bagi nasihat pulak)
jejom tengok resepi
Popia Sayur-Sayuran baik untuk Kesihatan!
Resepi ni daripada mak mentua ;)


Bahan-Bahan

Inti Sayur

2 ulas bawang putih
2 batang carrot
Sebungkus Tauge (Kat Msia dalam 50sen kot)
1 Keping Tauhu
1 biji Telur
10g udang kering (blend) 
Kulit Popia
Serbuk Lada hitam secukup rasa
Serbuk Lada Putih secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula Secukup rasa

Sos 

2-3 ulas bawang putih
2 biji tomato (dikisar)
1 sudu besar cili boh
Garam Secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan Pelekat

2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air



Cara-Cara

Inti Sayur
  1. Potong Carrot memanjang lebih kurang 1 inch. Buang akar tauge dan cuci kedua-dua sayur.
  2. Hiris halus atau blend bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan udang kering yang sudah dikisar. Tunggu sehingga naik bau atau garing sedikit.
  4. Kacau telur dan masukkan ke dalam kuali dan kacau rata. Then, masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan carrot dan tauge, biarkan sehingga layu dan kering. (api sederhana)
  6. Kalau tak cukup rasa, tambah garam dan gula. 
  7. Siap, biarkan sejuk. Bila nak menggulung, toskan inti sayur ni terlebih dahulu.

Sos 
  1. Hiris halus bawang putih atau kisarkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1 sudu besar cili boh ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
  6. Siap!

Popia



  1. Tanggalkan kulit popia sehelai-sehelai.
  2. Letak kulit popia macam diamond kat atas piring. 
  3. Letakkan inti sayur dekat dengan bucu kulit popia dan mula menggulung 2 kali. Selepas itu, lipat bahagian tepi gulungan dan gamkan dengan bancuhan tepung. Gulung lagi sekali dan lekatkan lagi.
  4. Buat sehingga habis inti sayur dan bolehlah menggoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng popia tadi. Api sederhana.
  6. Siap! Bolehlah dihidangkan dengan sos popia ;)





SELAMAT MENCUBA!

Happy Cooking!


p/s: Jangan lupe terawih!  
Kat sini terawih jugak, buat 8 rakaat + 3 rakaat witir.



Jun 19, 2014

RESEPI : TunaMayo Bread - Roti Tuna

Assalamualaikum,




Hari ni nak kongsi resepi roti favourite from MM Kitchen.
Roti ni selalulah mendapat sambutan.
Dengan aku-aku sekali terjebak.
Penah satu hari tu puasa sunat hari khamis,
pastu rasa cam tak tahan sebab tak sahur,
 then sanggup ni buka puasa sebab tak tahan and nak makan roti.
Lepas da makan ape lagi menyesal. haha
Tapi nasib baik lah puasa sunat kan. 
Kalau bulan Ramadhan ish ish ish.
Teruk benor Amira ni.

TunaMayo ni resepi filling dia daripada husband.
Aku selalu menguli doh dia je.
Tapi pernah lah buat filling dia.
Mudah je.

So jejomm tengok resepi.



Bahan-Bahan

Doh Roti

Bahan A
  • 100g Tepung Roti (tinggi Protein)
  • 1 1/4 sudu besar Yis
  • 2 sudu besar Gula
  • 1/2 biji Telur
  • 85-95ml air suam (42-43°C)


Bahan B
  • 80g Tepung Roti (tinggi Protein)
  • 1/3 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu besar minyak masak (7.5ml)




Fillings TunaMayo

  • 3 tin Tuna
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil black pepper (atau secukup rasa)
  • 1/4 biji lemon
  • 5 sudu besar Mayonis




Cara-Cara

Doh Roti/ Based Roti
  1. Satukan bahan A iaitu tepung, gula, yis, telur dan air suam (42°C) dan gaul sebati menggunakan senduk kayu sehingga berbuih. (Macam meletup-letup sikit, maknanya yis tu dah react)
  2. Di dalam bowl lain, satukan bahan B iaitu tepung, garam dan minyak masak. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bowl A dan gaul sebati.
  3. Uli dan bulatkan bahan roti tadi. (Kalau agak lembik letak tepung sikit-sikit supaya doh tu firm sikit dan mudah untuk menguli.Tapi as long as ikut resepi, insyallah roti tak lembik.Yang penting uli sampai doh tak lekat.)
  4. Keluarkan doh dari bowl dan uli. Cara menguli, first sekali uli macam cuci baju sampai doh tu elastic dan tak mudah koyak. Second, bulatkan doh dengan cara V shape. Ketiga, baling-baling doh sikit atas meja menguli atau dulang. (Cara nak check doh kita ok ke tak, kalau kita tekan doh tu dia naik semula)
  5. Masukkan doh ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit. (roti akan naik 2 kali ganda). Jika tak ada oven yg ada fermentation function, korang boleh wrap bowl dengan plastic wrapper dan tutup dengan kain lembab selama 40minit.

Selepas 25-35 minit,

Bentuk doh selepas di tarik bahagian tengah.
  1. Keluarkan doh, dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Timbang doh sebanyak 38g satu bahagian dan bulatkan doh.(atau kalau nak kecil sikit dalam 30g atau 35g)
  2. Tutup doh dengan plastic wrapper dan kain lembab dan rehatkan selama 5-10minit.
  3. Ambil doh dan tarik-tarik bahagian tengah dalam 10cm diameter untuk letak filling tunamayo.
  4. Letakkan filling tunamayo dalam 2 sudu di bahagian tengah doh roti dan ratakan.
  5. Susun roti atas baking paper.
  6. Masukkan dalam oven untuk fermentation kali kedua selama 25-35minit 40°C atau tutup doh roti dengan plastic wrapper dan kain lembab selama 40 minit, roti akan naik.



Selepas 25-35 minit,

Sapukan tepi doh roti dengan telur.

Decoratekan dengan sos cili atau Mayonis.
  1. Keluarkan roti dan sapukan tepi roti dengan baki telur. (Supaya bila bakar, roti akan jadi gold atau keperangan).
  2. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 13-18minit.
  3. Kemudian decorate atas filling dengan Mayonis atau Sos cili. (Aku buat bentuk M untuk MM Kitchen, boleh jugak buat zig zag). Selepas itu, taburkan sedikit basil.
  4. Masukkan roti ke dalam oven, bakar selama 13-18minit pada suhu 180°C atau sehingga keperangan mengikut oven masing-masing.
  5. Keluarkan roti yang sudah siap, dan panaskan semula oven untuk bakar roti yang lain.
  6. Siap!
Selepas dibakar.


Tunamayo Bread decorate with Mayonis and Basil.




SELAMAT MENCUBA!