Jun 8, 2014

Resepi Frankfurt Bread- Roti Sosej

Assalamualaikum,



Hari ni iols nak kongsi resepi Frankfurt Bread (Roti Sosej) yang macam beli kat La Boheme Jusco tuuu. Hehe.Resepi yang sangat mudah! MUST try! So apa tunggu lagi jejommm tengok resepi!

Bahan-bahan

Based Roti

Bahan A
100g Tepung Roti (Tinggi Protein)
2 Sudu Besar Gula
1 1/4 Sudu Kecil Yis
85-95ml Air  (42-43°C)
1/2 Biji Telur

Bahan B
80g Tepung Roti (Tinggi Protein)
1/3 sudu kecil garam
1 Sudu Besar Minyak Masak

Topping
Sausage (dipotong 2)
Sos Cili
Mayonis
Oregano(option)
Mozarella Cheese (option)

Cara-Cara

Based Roti

  1. Satukan bahan A iaitu tepung, gula, yis, telur dan air dan gaul sebati menggunakan senduk kayu sehingga berbuih. (Macam meletup-letup sikit, maknanya yis tu dah react)
  2. Di dalam bowl lain, satukan bahan B iaitu tepung, garam dan minyak masak. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bowl A dan gaul sebati.
  3. Uli dan bulatkan bahan roti tadi. Kalau agak lembik letak tepung sikit-sikit supaya doh tu firm sikit dan mudah untuk menguli.Tapi as long as ikut resepi, insyallah roti tak lembik.
  4. Keluarkan doh dari bowl dan uli. Cara menguli, first sekali uli macam cuci baju sampai doh tu elastic dan tak mudah koyak. Second, bulatkan doh dengan cara V shape. Ketiga, baling-baling doh sikit atas meja menguli atau dulang. (Cara nak check doh kita ok ke tak, kalau kita tekan doh tu dia naik semula)
  5. Masukkan doh ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit. (roti akan naik 2 kali ganda). Jika tak ada oven yg ada fermentation function, korang boleh wrap bowl dengan plastic wrapper dan tutup dengan kain lembab selama 40minit.
Selepas 25-35 minit,

  1. Keluarkan doh, dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Timbang doh sebanyak 38g satu bahagian dan bulatkan doh.
  2. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan selama 5-10minit.
  3. Lenyekkan roti dengan menggunakan roller. (Jangan nipis sangat nanti kurang sedap)
  4. Potong sausage kepada 2 bahagian. Dan letak di atas based roti tadi. (Masa letak sausage tu tekan sikit supaya roti kembang)
  5. Susun roti atas baking paper.
  6. Masukkan dalam oven untuk fermentation kali kedua selama 25-35minit 40°C atau tutup doh roti dengan kain lembab selama 40 minit, roti akan naik. 
Selepas 25-35 minit, 


  1. Keluarkan doh, dan panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sapu bahagian based roti dengan baki telur dan letakkan sos cili dan mayonis di atas based roti. (iols buat zigzag bagi nampak cantik)
  3. Taburkan mozarella cheese dan oregano.
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 13-18minit atau sehingga keperangan.
  5. Keluarkan Frankfurt Bread dan sejukkan sebentar. Then bolehlah makan!


Selamat Mencuba!





No comments:

Post a Comment