Jun 18, 2014

Resepi : Strawberry Jam


Assalamualaikum,




Semalam dah janji nak tulis resepi berkaitan strawberry kan.


So now I want to share how to make strawberry jam!

Senang sangat resepi dia.

So apa tunggu lagi?

Jejom tengok resepi!

Resepi from Che Mat Gebu
Tapi iols guna 1kg, Mat Gebu guna 250g sahaja.

Bahan-Bahan
  • 1kg Strawberry
  • 2 cawan gula (aku guna 1 1/3 cawan sahaja)
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung
  • 3 biji jus limau kasturi (aku tak letak)


Cara-cara

Strawberry segar dari ladang!

Cuci strawberry, buang tampok dia.
Strawberry dipotong kasar.


  1. Cuci buah strawberry, buang tampok yang warna hijau tu dan potong kasar. (kalau nak blend pon boleh, aku nak kasi ade serpihan strawberry dalam tu, kalau nak blend separuh potong kasar separuh pon boleh)
  2. Masukkan buah strawberry yang dipotong kasar tadi ke dalam periuk dan masak sehingga strawberry  layu. Gunakan api sederhana. (Jangan masukkan air, biar strawberry tu keluarkan jus dia sendiri)
  3. Masukkan gula dan kacau dan biar air gula sebati dengan jus strawberry. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  4. Masukkan secubit garam dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih dan pekat (viscosity tinggi gittuw).
  5. Bancuhkan 1 sudu tepung jagung bersama dengan 1 sudu besar air dan masukkan ke dalam periuk tadi. Gaul sebati. Still guna api kecil. (tambah jus limau kasturi jika nak k)
  6. Jika jem sudah likat dan pekat, which is kalau kita angkat senduk then jam tak meleleh terus tu maknanya jam hampir masak.
  7. Masak lagi dalam 5-7minit dan gaul sekali sekala.
  8. Bila sudah siap, tutupkan api dan biarkan jam sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas.

Mudahkan? 
Boleh juga buat filling roti atau cheese tart kan?
ok teringin nak buat cheese tart pulak. 

Strawberry Jamalade Bread
(Hanis yang bagi nama ni)


Happy Cooking! Happy Baking!


p/s: kalau nak guna buah lain pun boleh, macam orange ke atau nenas, step dia sama sahaja. 





No comments:

Post a Comment