May 28, 2014

Resepi : Pavlova

Assalamualaikum,



Hari ni nak kongsi resepi Pavlova yang mudah dan sedap. Resepi ni iols refer dari blog ABM dan Cik Epal  . Sangat simple bahan-bahannya. So apa tunggu lagi jejommm tengok resepi. Resepi ni untuk 2-3orang makan. 


Bahan-Bahan

Meringue


  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 3/4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanila (iols xletak)
  • 1/2 sudu kecil cuka makanan (iols xletak)
Topping

  • 80ml whipping cream
  • hirisan buah kiwi dan anggur (guna strawberry pon boleh)

Cara-cara

Meringue

  1. Asingkan telur putih dengan telur kuning. Ingat kita nak guna telur putih sahaja. Kalau tak, tak menjadi meringue kita ni tawww. (iols asingkan dengan buat lubang kecil kat hujung telur tu, korang boleh beli alat2 untuk separatekan telur kuning dengan telur putih dekat DAISO, seriously mudah)
  2. Putar telur putih dengan tahap maksima sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarkan lagi sehingga sebati, kental dan berkilat. 
  3. Sesambil putar tu boleh panaskan oven 180°C.
  4. Masukkan tepung jagung yang diayak terlebih dahulu. Gaul adunan sehingga sebati gunakan spatula. (Kalau uols gunakan esen vanila dan cuka, masukkan sekarang dan gaul sebati. Iols tak guna sebab tak ada kat rumah hehehhe)
  5. Ambil baking paper dan lukiskan bentuk bulat. Ataupun ambil loyang kat rumah tu pastu tekap bentuk loyang bulat tu atas baking paper. thennnnn terbalikkan baking paper tu dan letakkan adunan meringue dalam bulatan baking paper tadi. Kemaskan adunan atau korang pon boleh gunakan pastry bag untuk bentukkan meringue. Ikut kreativiti la senang cite. hehe
  6. Turunkan suhu oven kepada 130°C dan bakar sehingga 80minit. 
  7. Selepas 80minit, masa pembakaran tamat, buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue tu sejuk ;) Dah sejuk nanti baru keluarkan k dalam 30-40minit atau nak sejukkan semalaman pon boleh. Biar betul-betul sejuk baru boleh letak whip cream dan rasanya lebih sedap.



Topping

  1. Pukul whipping cream sampai kental. (iols punye whipping cream tak cukup kental ;( so dia cam sedikit cair )
  2. Sapukan whipping cream atas meringue kite tu. 
  3. Taburkan buah kiwi dan anggur atau buah-buahan pilihan uolss. Dinasihatkan supaya guna buah-buahan yang masam-masam sikit supaya rasa tu balance sebabnya meringue tu manis. So bila buah masam campur meringue yang manis jadilah PAVLOVA yang super sedappp!


    Pavlova iols rasa cam coklat crunchie sikit, dia cam chewwing2 sikit, heavennnnn
So jangan lupe try tawww!

No comments:

Post a Comment