May 18, 2014

NO BAKED Oreo Cheese Cake- Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah 2 bulan bergelar isteri. Ecey wedding punye cerita pon tak update lagi. ish ish ish malasnya Amira ni.

Okay for now nak kongsi resepi kek birthday husband. Surprise la kononnya, balik kelas nihongo terus singgah Bellmall beli cream cheese, oreo, and pergi daiso cari barang-barang yang diperlukan semasa buat kek. But ada yang still tak cukup. Petang tu ajak En Hanis pergi kedai beli loyang springform and whipping cream. Almaklumlah, tak tahu baca Jepun. Tak tahu halal ke tidak. So time tu rasa cam surprise tak menjadi je. Tapi xpe teruskan je. go with the flow ;) 

Malam tu ketang ketung kat dapur buat kek, tak kasi husband masuk dapur. hahaha. ;) Pastu tak sedar dah pukul 12. Then cepat2 keluarkan aiskrim, cucuk lilin sket dan nyanyi Happy Birthday!



So jom tengok resepi Oreo Cheese Cake yang sangat mudah dan yang penting TAK PERLU BAKE. Resepi asal dari blog sini


Bahan-bahan
20cm loyang springform


  • 3 packet kecil biskut oreo. (iols guna 4 packet)
  • 1/3 cawan gula halus
  • 200ml whipping cream (iols guna 180ml)
  • 250g cream cheese (iols guna Philadelphia)
  • 1/4 butter (butter bahagi 4 dan amek 1 bahagian)
Cara-cara

Base Cake
  1. Hancurkan 1 1/2 packet oreo. (nak asingkan cream pon boleh, tapi iols xbuang cream tu)
  2.  Cairkan Butter dan gaul sebati bersama oreo tadi.
  3. Ratakan dan mampatkan adunan oreo dan butter tadi dalam loyang dan sejukkan dalam fridge.

Cheesecake
  1.  Cream cheese , gula dan whipping cream dipukul bersama. Boleh guna mixer untuk campurkan adunan tadi. Putar sampai sebati. (iols xguna mixer sebab time tu xbeli mixer lagi, so pukul la guna tangan)
  2. 1 1/2 packet oreo yang lain di pecah-pecahkan Jangan hancurkan ye, nanti xsedap pula. Guna senduk je utk gaulkan, tak perlu guna mixer.
  3. Keluarkan base tadi, masukkan adunan cheese tadi ke dalam loyang. Rasa dia masam manis. 
  4. Ratakan adunan cheese dan hias kek dengan lebihan oreo mengikut kreativiti masing-masing. (iols guna 1 packet lagi untuk decoration cake)
  5. Masukkan semula loyang ke dalam fridge sekurang-kurangnya 3 jam sehingga kek tu betul-betul firm.
  6. Keluarkan kek dan makan!

Dear Husband, Happy Birthday! This is for you. Now, I'm here.....beside you ;) Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sampai syurga.





2 comments:

  1. happy belated bday hanis! tell him, yang dia untung dapat wife rajin masak taw. hehe.

    ReplyDelete