May 24, 2014

RESEPI : Lemon Custard Bread

Assalamualaikum, 

Lemon Custard Bread

Pada 9 Mei 2014 hari tu, aku, Kak Dilla, Syieda dan Siti Nabilah pergi ABC Trial Lesson dekat ABC Cooking. Seriously best giler. Equipment dia semua cantik-cantik. Seronok sangattt. Hari tu aku belajar buat roti lemon custard. Mula-mula rasa cam boleh ke aku buat ni sebab aku memang tak pernah menguli roti kat rumah, cuma pernah sekali tu join mak pergi belajar buat roti. Tapi dah lama sangat tahun 2010 kalau tak silap. Tapi aku pergi jugaklah sebab sekarang pon aku memang minat memasak, baking cake, so why not try baking roti pulak kan. Lagipun cara buat roti kat Jepun lain sikit dari Malaysia, mungkin sebab Jepun ada 4 musim.

Kalau kat Malaysia, kita kena tunggu 1-2jam untuk roti tu naik kan? Tapi kat Jepun selepas menguli terus masukkan dalam oven dengan suhu 40°C dalam 25-35 minit untuk fermentation. Fermentation dalam Jepun Hakko,発酵 kanji dia bentuk cam semut. hihihi.Satu lagi perbezaan cara buat roti kat Jepun dengan Malaysia ialah asingkan garam dengan yis. Fyi, gula adalah BFF yis. So letak gula sebelah yis dan garam kita letak dia kat dalam mangkuk lain dulu. Gitu lahhh. Resepi based roti boleh diguna pakai untuk resepi based pizza atau roti-roti lain macam roti sausage ke. So jejommm tengok resepiiii. 

 
With Kak Dilla and our sensei.
Bahan-Bahan

Based Roti

Bahan A

  • 100g Tepung
  • 1 1/4 sudu kecil atau 3g Yis
  • 2 sudu besar Gula
  • 1/2 biji Telur
  • 85-95ml Air

Bahan B
  • 80g Tepung
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 20g Butter

Filling- Lemon Custard
  • 40g Custard Cream Powder
  • 20g Gula
  • 110ml Susu Segar
  • 2 Sudu Besar Perahan Lemon

Decorations
  • 1/2 biji Telur
  • 1 sudu besar Gula.
  • 30g kulit lemon yang dikeringkan.
  • 40g Orange Marmalade (guna jem orange pon boleh)
  • 6pc  Daun pudina.


Cara-Cara

Uli Roti
  1. Satukan bahan A iaitu tepung, gula dan yis. Masukkan telur dan air dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
  2. Di dalam bowl lain, satukan bahan B iaitu tepung, garam dan butter. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bowl A dan gaul sebati.
  3. Uli dan bulatkan bahan roti tadi. Kalau agak lembik letak tepung sikit-sikit supaya doh tu firm sikit dan mudah untuk menguli.
  4. Keluarkan doh dari bowl dan uli. Cara menguli, first sekali uli macam cuci baju sampai doh tu elastic dan tak mudah koyak. Second, bulatkan doh dengan cara V shape. Ketiga, baling-baling doh sikit atas meja menguli atau dulang. (Cara nak check doh kita ok ke tak, kalau kita tekan doh tu dia naik semula)
  5. Masukkan doh ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit. (roti akan naik 2 kali ganda)
  6. Sementara menunggu roti, jom kita buat lemon custard. ;)

Filling - Lemon Custard 
  1. Satukan Custard cream powder dan gula. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan susu segar dan gaul sebati.
  3. Masukkan perahan lemon dan gaul sebati.
  4. Di dalam bowl lain, masukkan kulit lemon yang sudah dipotong dadu dan dikeringkan bersama orange marmalade. Gaul sebati.

Based Roti
  1. Selepas 25minit, keluarkan doh dan bahagikan kepada 6 bahagian.
  2. Bulat-bulatkan doh yang sudah dibahagi 6 tadi dan tutup doh dengan kain lembap selama 5-10minit.
  3. Ambil doh dan tarik-tarik bahagian tengah dalam 10cm diameter untuk letak filling lemon custard macam dalam gambar.
  4. Letakkan lemon custard atas based roti tadi dan ratakan. 
  5. Wrap based roti with filling dengan plastic wrapper dan tutup dengan kain lembap.
  6. Masukkan roti ke dalam oven bersuhu 40°C selama 25-35minit buat kali kedua untuk fermentation.


  7. Roti yang sudah di fermentation buat kali kedua, dan diletakkan dilling lemon custard bersama kulit lemon dan orange marmalade.


Selepas 25minit, (roti akan naik)
  1. Keluarkan roti dan sapukan tepi roti dengan baki telur dan taburkan gula. Pastikan semua bahagian kena ya.
  2. Kemudian, letakkan adunan kulit lemon dan orange marmalade di atas lemon custard seperti dalam gambar.
  3. Masukkan roti ke dalam oven temperature 180°C selama 13-18 minit atau sehingga keperangan mengikut oven masing-masing. (tak perlu wrap kang terbakor)
  4. Sejukkan dalam 5minit kemudian baru keluarkan. Hati-hati panas tawww. iols da kena.
  5. Hiaskan dengan daun pudina. 
  6. Siap!
Oishiikatta!


Seriously, memang sedap gila roti ni. Bila first time makan rasa cam, pehhh aku ke yang uli roti ni tadi. hehhee. bangga kejap. Combinations lemon, custard and orange marmalade is sooooo perfect. The taste is soooo tasty. arghhhh senang cakap SANGAT SEDAP. So jgn lupa try k.


p/s: 
- kalau nak tukar filling dia pon boleh ikut yang anda suka. Boleh juga guna cream cheese ;).
- Thanks kak Dilla ajak kita g abc cooking studio. BEST! 
- Kepada student yang nak belajar buat roti atau kek, iols suggest g la ABC cooking studio ni. Serious best. and yang lagi bestnya student price discount 50% before 30 June 2014. Mulai 1 July discount for student only 25%. Sobsss. 








No comments:

Post a Comment